Drama Cinta Buat Dara Slot Lestary TV3

Drama Honey-moon yang dibintangi oleh Ben Amir dan Zara Zya akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan akan digantikan dengan drama terbaru bertajuk Cinta Buat Dara yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle dan Riena Diana. Drama ini akan ditayangkan di TV3 dalam Slot Lestary pada jam 9:00 Malam setiap hari Rabu hingga Sabtu.


Drama Cinta Buat Dara akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2022. Selain Syafiq Kyle dan Riena Diana sebagai teraju utama, terdapat ramai lagi pelakon lain yang akan memeriahkan lagi drama ini seperti Rozita Che Wan, Sean Lee, Shah Rezza, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Sinopsis

Drama Cinta Buat Dara mengisahkan tentang Dara, seorang gadis kasar yang sering menimbulkan masalah kepada Ibunya dihantar ke rumah mak ciknya di kampung. Makcik Dara, Kak Ros yang merupakan seorang bekas ratu kebaya akan melatih Dara supaya menjadi gadis yang lebih sopan.

 

Drama Slot Lestary TV3 Cinta Buat Dara (20 Episod)

Tajuk Drama : Cinta Buat Dara
Tarikh Tayangan : Bermula 24 Ogos 2022
Waktu Tayangan : Rabu hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam 
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd
Lakonan : Syafiq Kyle, Riena Diana, Sean Lee, Shah Rezza, Afifah Nasir, Rozita Che Wan dan lain lain.
Terbaru Lebih lama