Hari Jumaat Cuti Sempena Kemenangan Piala Malaysia Pasukan KL City FC

Hari Jumaat Cuti Sempena Kemenangan Piala Malaysia Pasukan KL City FC | Secara rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberikan hari pelepasan Am Tambahan pada  hari Jumaat, 3 Disember 2021. 

Hari Jumaat Cuti KL City FC
Credit to Shahidan Kassim (@shahidankassim_)

Menurut apa yang aku baca dekat Utusan, Selepas 32 tahun penantian akhirnya KL City FC berjaya memenangi Piala Malaysia edisi yang ke 100 menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dengan 2-0. 

Berita gembira macam nih memang patutlah diraikan sebab last KL City FC menang adalah pada tahun 1989. Waktu nih aku pun tak lahir lagi yer. 

Seronoklah korang yang kerja dekat KL dapat cuti tambahan minggu nih. Nak nak pulak gaji baru jer dapat arituh kan. Boleh pergi berjalan haha! tak pun boleh rehat lama sikit dekat rumah. 
Terbaru Lebih lama