Tonton Episod Penuh Drama Cukup Derita itu 1&2 di TV3 dan iQIYI

Tonton Episod Penuh Drama Cukup Derita itu 1&2 di TV3 dan iQIYI | Dah lama rasanya tak kongsikan dengan korang pasal drama. Salah satu drama slot samarinda yang tengah jadi perhatian ramai buat masa sekarang adalah Cukup Derita Itu lakonan Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong. 

Drama ini mula ditayangkan sejak 6 Mei 2021 lagi tapi tertangguh buat sementara kerana penggambaran tidak dapat diteruskan tetapi alhamdulillah semuanya telah kembali seperti biasa dan korang boleh menonton drama Cukup Derita Itu di TV3 Setiap hari Isnin hingga Khamis Jam 10 Malam. Kalau terlepas, jangan risau sebab korang masih boleh menonton drama tersebut di Aplikasi iQIYI.

Drama Cukup Derita Itu mengisahkan tentang Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang dibesarkan oleh ibu saudara Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) selepas ibu dan bapanya meninggal dunia. Walaupun dibesarkan bersama, layanan yang diberikan oleh Mak Ngah Gayah kepada Ellani dan Ellana sangat berlainan. Ellani dilayan seperti hamba tetapi Ellana pula ditatang seperti seorang puteri. 

Selepas meningkat dewasa, Ellana bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama zarul (Hisyam Hamid). Mereka merancang untuk berkahwin tetapi malangnya zarul terlibat dengan kemalangan. Selepas itu hatinya mula beralih arah kepada Ellani dan akhirnya mereka berdua berkahwin.

Walau pun sudah berkahwin, Ellani masih lagi perlu menempuh pelbagai dugaan kerana Ellana dan Mak Ngah Gayah sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam. Bukan itu sahaja, zarul pula mula berubah hati dan kembali cintakan Ellana. 

Macam mana agaknya kesudahan Drama Cukup Derita Itu? Korang kenalah tengok sampai habis. Aku pun makin lama makin pening tengok cerita ini. 

Tonton Episod 1 hingga Akhir Drama Cukup Derita Itu

Cukup Derita Itu Episod 1          
Drama : Cukup Derita Itu
Tarikh Tayangan : Bermula 6 Mei 2021
Waktu Tayangan : Isnin hingga Khamis 10 Malam
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Pelakon : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Elias, Lia Natalia, Farhan Asri, Dian P Ramlee dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama