Apa fungsi toner sebenarnya? | Dulu waktu muda remaja memang tak peduli langsung pasal kulit muka. Ingat lagi masa zaman sekolah kulit muka teruk sangat sampai mak sendiri yang belikan produk untuk kurangkan masalah kulit yang ada tapi tuhlah seorang manusia bernama Luqman nih agak pemalas lebih lebih kalau bab skincare. 

Nak kulit cantik tapi nak buat basic skincare pun malas. Macam mana kan? Bila dah berumur kesedaran untuk beli produk produk untuk jaga kulit muka dah ada tapi tak konsisten pulak. Kadang guna kadang tak. Sekarang ini dah tak boleh malas dah kot sebab umur pun makin meningkat. Tak naklah nanti bila dah umur 30an nampak macam 40an plak kan. hehe.

Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan pasal suncreen atau sunblock (guna sunsreen untuk elak kulit sunburn) kali ini saya nak share pasal toner yang akan dipakai selepas mencuci muka. Apa sebenarnya fungsi toner? Menurut apa yang saya baca dibeberapa laman web, toner digunakan untuk mengurangkan penampakan liang pori di wajah, buang lebihan kotoran, sel mati dan seimbangkan balik ph muka kita.


Kita nih duduklah dekat mana sekalipun mesti terdedah dengan kotoran kan. Kita ingat bila dah cuci muka guna cleanser dah cukup tapi tidak ya kawan kawan. Kalau korang guna toner korang akan perasan ada lebihan kotoran masih melekat pada cotton pad. 

Buat masa sekarang ini saya sedang mencuba facial toner dari jenama Simple. So far memang ok jer tak ada masalah apa apa lagi. Pernah juga cuba toner dari jenama lain tapi hujung hujung patah balik dengan jenama nih. Basic skincare routine yang saya tahu adalah cleanser, toner, moisturizer dan sunscreen. Semuanya dah ada cuma moisturizer jer belum jumpa yang ok. Kalau dah ada nanti saya kongsikan pasal moisturizer pulak ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post