Roti Canai pilihan ramai di Tanah Merah Kelantan | Roti Canai Cikgu | Semalam ada urusan sikit dekat bandar Tanah Merah sampai tak perasan dah tengahari. Perut pulak tengah lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana. As usual cari dekat google la senang sikit. 

Cari punya cari jumpalah satu kedai ini nama dia Roti Canai Cikgu. Rating dekat google buat masa sekarang adalah 4/5 bintang (21/9/2020) dan review dari pelanggan pulak agak memuaskan. Ramai yang cakap roti canai dekat sini sedap. 

Ada banyak pilihan roti canai dekat kedai ini contohnya roti canai sardin, roti canai bilis, roti canai milo susu dan macam macam lagi tapi saya ini memang bukan adventure sangat bab makanan jadi kita cuba yang classis punya jer which is roti canai biasa haha.

Sekarang ini nak share pasal rasa pulak, sejujurnya boleh tahan sedap jugak. Bahagian luar roti canai tuh memang crispy dan dalam dia lembut. Kuah yang didatangkan dengan roti canai pun sedap. Macam yang korang nampak dalam menu yang aku share tuh, dorang bukan jual roti canai jer tapi ada lagi makanan lain contohnya nasi lemak. 

Selain nasi lemak dan roti canai, korang juga boleh cuba briani ayam, briani kambing, gulai serati, gulai ayam kampung dan gulai telur itik. Jadi, kalau korang nak breakfast atau lunch atau dinner boleh datang kedai makan Roti Canai Cikgu ini. Kedai ini dibuka seawal jam 7 pagi hingga 12 malam. 

Alamat : 237-238, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Taman Barakah, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Post a Comment

Previous Post Next Post