The Ice Cafe Tanah Merah, Kelantan | Beberapa hari yang lepas saya mengambil keputusan untuk berkunjung ke Bandar Tanah Merah dan mencari beberapa cafe yang menarik untuk dikunjungi. Salah satu Cafe yang menjadi pilihan saya adalah The Ice Cafe yang terletak di Jalan Kubur. 


Sebelum saya jejakkan kaki ke Cafe ini, saya google dulu rating dan review dari pelanggan yang pernah makan dekat sini. Rating untuk The Ice Cafe di Google buat masa ini sangat memuaskan iaitu 4.1/5 bintang (20/9/2020). Untuk review pula, ramai bersetuju bahawa Cafe ini menyediakan makanan yang sedap  dan pekerja juga sangat friendly.


Jadi, Makanan apa yang kita boleh dapat dekat sini? Untuk pengetahuan semua, The Ice Cafe menyediakan pelbagai jenis makanan. Kalau tengok menu memang pening tak tahu nak makan apa. Mereka menyediakan lebih 20 jenis masakan berasaskan nasi, lepas tuh ada pilihan salad, snack/side order, sandwiches, waffles, pencuci mulut dan pelbagai jenis pilihan minuman yang agak menarik.

Senarai Makanan dan Minuman di The Ice Cafe (Menu di The Ice Cafe)



Disebabkan banyak sangat makanan sampai tak tahu nak pilih yang mana, saya order jer chicken chop dan peach tea. First time minum peach tea, sedap rasa dia. Next time kalau pergi nak cuba minuman lain pulak sebab pilihan untuk minuman memang banyak.


Untuk chicken chop pulak berbaloi jugak order sebab portion dia agak besar bagi saya. Cuma masa nak tunggu makanan tuh kena bersabar sikit sebab ramai orang. Yang penting bila chicken chop tuh sampai still panas berasap lagi hehe puas hati la. Kalau dari segi kesedapan tuh saya bagi 6/10. Next time mungkin kena rasa nasi pulak sebab saya tengok ramai yang order nasi. Siap take away 3 4 bungkus. 


Jadi, kalau korang datang bandar Tanah Merah kelantan tapi tak tahu nak makan dekat mana. Bolehlah singgah dekat The Ice Cafe ini untuk lunch atau dinner sebab cafe ini dibuka sehingga jam 11 Malam setiap hari kecuali hari Jumaat. 

Alamat : LOT 5891, Jalan Kubur, 17500 Tanah Merah, Kelantan | Tel : 09-9555891

Post a Comment

Previous Post Next Post