Gunakan Sunblock untuk elak kulit sunburn | Biore UV Rich Aqua

Gunakan Sunblock untuk elak kulit sunburn | Biore UV Rich Aqua | Mempunyai kulit wajah yang bersih, sihat dan "flawless" menjadi idaman setiap orang tak kiralah korang perempuan atau lelaki tetapi ramai yang mengabaikan produk penjagaan kulit yang satu ini kerana menganggap ianya tidak penting. Produk yang saya maksudkan adalah sunblock.

Rutin penjagaan kulit wajah yang paling simple kita selalu dengar adalah pencuci muka, diikuti dengan toner dan juga moisturiser tetapi kita lupa yang penggunaan sunblock juga sangat penting untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB.

Untuk pengetahuan semua, tanpa penggunaan sunblock kulit wajah akan mudah terbakar atau "sunburn" dan menyebabkan masalah kulit seperti kedutan. Jadi, kalau tak nak masalah ini berlaku pada korang kenalah pakai sunblock.


Buat masa sekarang ini saya menggunakan sunblock dari biore (Biore UV Aqua Rich). Salah satu sebab kenapa saya pilih untuk guna sunblock ini adalah dia water based. Saya paling tak suka kalau pakai produk yang melekit dekat muka sebab rasa tak selesa tapi kalau guna sunblock Biore UV Aqua Rich ini dia langsung tak melekit. Rasa macam tak pakai apa apa dekat muka. Tuh yang best!


Extra Info : Suitable for face and body. Apply onto face, neck and body parts evenly. Not recommended for babies. If skin irritation occurs, discontinue use.
Terbaru Lebih lama