Beecomb 3D Virtual F&B Expo lebih gempak dan menyeronokkan!

Beecomb 3D Virtual F&B Expo lebih gempak dan menyeronokkan! | Nak shopping dekat Mall tapi risau sebab covid 19 masih lagi belum pulih? Jangan risau sebab korang boleh shopping online secara virtual menggunakan teknologi 3D. Dengan menggunakan teknologi ini korang boleh membeli belah dengan suasana yang lebih menarik berbanding laman sesawang lain yang ada dekat luar sana. 


Kalau korang nak pengalaman membeli belah secara virtual dengan teknologi 3D, bolehlah join Beecomb  3D Virtual F&B Expo pada 17 - 31 August 2020 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Rugi tau kalau tak join sebab ini adalah Expo 3D Virtual pertama di Malaysia. 

Apa yang menarik di Beecomb 3D Virtual F&B Expo? 

Untuk pengetahuan korang, terdapat lebih kurang 57 booth dibuka dalam Expo ini. Antara brands menarik yang korang boleh "visit" secara virtual adalah Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co dan Masks Are A Must (Jual face mask)


Barangan yang dijual di Expo ini sangat berpatutan dan ianya dijual dengan harga bawah pasaran. Paling penting semuanya berkualiti. Untuk norma baharu ini expo secara virtual sangat sesuai  diadakan supaya kita semua boleh membeli belah dengan pengalaman baru yang menyeronokkan tanpa perlu risau tentang penjarakan sosial. 

Sepanjang Expo dijalankan, korang berpeluang untuk memenangi cash voucher bernilai RM300 sekiranya berbelanja di Expo ini. Korang boleh tengok gambar dibawah untuk maklumat lanjut. 


selain cash voucher, korang juga boleh dapatkan Premium Burnt Cheese Cake dari Bake Touch Signature di Booth A2 dengan harga yang sangat murah pada 31 Ogos 2020 sempena hari Merdeka. Kalau korang nak tahu harga asal Kek ini adalah RM118.00 tetapi pada hari Merdeka akan datang, harga yang dikenakan hanya RM8.31 sahaja.


Macam mana nak shopping di Beecomb 3D Virtual F&B Expo? 

Caranya sangat mudah! Pertama sekali, korang perlu memuat turun aplikasi Beecomb di Google PlaystoreApp Store atau Huawei AppGallery secara PERCUMA. Kedua, daftar masuk aplikasi tersebut menggunakan email atau facebook bagi membolehkan korang mengunjungi Becomb 3D Virtual F&B Expo. 


Satu pengalaman yang menyeronokkan bila dapat shopping secara virtual macam ini. Boleh jalan jalan dekat booth yang ada dalam Expo. Tak sabar rasanya nak tunggu hari Merdeka sebab nak dapatkan Burnt Cheese Cake tuh. Barangan lain dari pelbagai jenis brands pun banyak yang best. Tunggu apa lagi korang?Jomlah la download aplikasi Beecomb sekarang. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Beecomb 3D Virtual F&B Expo, layari www.beecomb.com.my atau korang juga boleh ke laman facebook mereka di www.facebook.com/BeecombSdnBhd.
Terbaru Lebih lama