5 Produk Himalaya yang wajib korang ada sepanjang musim covid 19 | Beberapa bulan yang lepas seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak Corona Virus atau lebih dikenali dengan Covid 19. Malaysia juga tidak terlepas dengan virus ini kerana ianya sangat mudah dijangkiti. Jadi, kita semua disarankan untuk menjaga kebersihan bagi menghindari  diri dan keluarga dijangkiti covid 19.


Selain kebersihan, saya rasa kita juga perlu mengambil langkah berjaga jaga dengan menjaga kesihatan diri tidak kira dimana sahaja kita berada. Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan 5 Produk kesihatan dari Himalaya yang korang wajib ada sepanjang musim covid 19. 

5 Produk Kesihatan dari Himalaya yang wajib korang ada!

Kelima lima produk yang saya kongsikan ini bertujuaan untuk membantu badan membina sistem pertahanan supaya kita dapat menjaga tubuh badan untuk sentiasa sihat. Produk yang saya maksudkan adalah Amalaki, Septilin Tabs, Septilin Syrups, Koflet Lozenges 10's dan Cold Relief Balm

 1. AMALAKI

Bahan utama yang digunakan dalam produk ini adalah Indian Gooseberry yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan semulajadi dan menyokong usaha ketahanan badan melawan jangkitan. Selain itu, Amalaki juga kaya dengan vitamin C dan dikatakan ianya mengandungi 10 kali vitamin C berbanding buah oren yang biasa. Cara pengambilan? 1 Kapsul (dua kali sehari).
Amalaki 


2. SEPTILIN TABS

Produk ini sesuai untuk korang yang mengalami masalah keradangan tonsil, jangkitan kulit dan tisu lembut, ulser, sakit tekak, sinusitis, batuk dan selesema. Cara mengambilannya juga sangat mudah iaitu 3 tabs untuk dewasa (dua kali sehari) dan 2 tabs untuk remaja (dua kali sehari). 
Septilin Tablets 100

3. SEPTILIN SYRUP

Fungsi Septilin Syrup sama seperti Septilin Tabs tetapi ianya lebih sesuai untuk digunakan oleh kanak kanak dimana pengambilannya adalah sebanyak 1 hingga 2 sudu teh (tiga kali sehari).
Septilin Syrup 

4. KOFLET LOZENGES 10'S

Koflet Lozenges pula mengandungi Long Pepper, Ginger, Black Pepper dan Clove yang sesuai untuk melegakan masalah batuk dan sakit tekak. Mereka yang merokok dan mempunyai masalah batuk kering juga boleh gunakan Koflet Lozenges untuk melegakan masalah tersebut. Selain itu, Ianya didatangkan dengan perisa herbal mint yang boleh membantu menyegarkan nafas. Cara pengambilannya adalah 1 Lozenge (3 hingga 4 kali sehari).
Koflet Lozenges 10

5. COLD RELIEF BALM

Akhir sekali adalah Cold Relief Balm yang korang boleh gunakan sekiranya mengalami masalah hidung yang sejuk dan tersumbat. Kebiasaanya kalau selesama  mesti hidung akan tersumbat kan. Bila hidung tersumbat memang tak selesa. Jadi, korang boleh gunakan balm ini untuk selesaikan masalah tersebut. Cara nak guna pun sangat mudah, korang sapukan cold relief balm ini pada hidung, tekak dan dahi  sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. *kalau simptom masih lagi berlanjutan, jangan lupa ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut ya.
Cold Relief Balm

Pada pendapat saya, kesemua produk ini perlu ada di rumah untuk kegunaan seisi keluarga lebih lebih lagi diwaktu sekarang dimana kita semua perlu menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk kebaikan bersama. Produk dari himalaya juga didatangkan dalam packaging yang kecil dan sangat kemas. Jadi, korang boleh bawa produk ini kemana sahaja korang pergi. Letak sahaja dalam beg and you are good to go tapi jangan lupa bawa mask dan hand sanitizer sekali tau hehe.

Oh ya, kalau korang berminat untuk dapatkan produk produk yang saya kongsikan ini, korang boleh ke butik himalaya, farmasi dan yang paling best! korang juga boleh beli secara online di www.shophimalaya.my. Dalam situasi sekarang ini memang baguslah kalau boleh beli secara online sebab kita dapat mengelak dari berjumpa dan berkumpul dengan orang ramai ditempat yang terbuka.

Post a Comment

Previous Post Next Post