Senarai Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)

Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) | Pada hari Ahad 12 Mac 2023 berlangsungnya Tonton Anugerah Drama Sangat di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ianya akan disiarkan menerusi TV3 bermula jam 9:00 malam. Korang juga boleh menonton TADS 2023 secara live melalui platform penstriman tonton. 

Poster gambar pengacara Anugerah Drama Sangat 2023 Sherry Al Hadad dan Sharifah Shahirah

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 akan dihoskan oleh dua pengacara wanita popular iaitu Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah. Turut memeriahkan Anugerah Drama Sangat sebagai penyampai anugerah pada tahun ini adalah Janna Nick, Siti Khadijah, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Selain itu, penonton juga dapat melihat persembahan nyanyian dari beberapa orang penyanyi popular seperti Misha Omar, Hael Husaini, Stacy, Mimifly, Zaki Yamani, Wanie Kayrie, Bella Astillah dan ramai lagi. 

Untuk pengetahuan korang, terdapat 15 kategori yang dipertandingkan di Anugerah Drama Sangat 2023 dan antaranya adalah Drama Terbaik, Drama Popular, OST Terbaik dan Pelakon Popular. Siapakah yang bakal membawa pulang anugerah TADS 2023? Korang boleh rujuk informasi dibawah.

Senarai Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) 

No. Kategori Pemenang
1 Pelakon Antagonis Terbaik
Gambit Saifullah 
Suamiku Lelaki Pendosa
2 Penulis Skrip Terbaik Ayahanda
Wan Mahani Wan Hassan
Maizura Mohd Ederis
3 Drama Adaptasi Novel Terbaik
Melur Untuk Firdaus
A-Ten Alliance Sdn Bhd
4 Anugerah BBNU Tonton
Aniq Suhair 
Tahyul
5 Drama Popular
Bisik Bisik Gelora 
Global Station Sdn Bhd
6 Pelakon Lelaki Popular Redza Rosli
Kekasih Hati Mr. Bodyguard
7 Pelakon Wanita Popular Anna Jobling
Melur Untuk Firdaus
8 Pasangan Drama Terbaik Meerqen & Anna Jobling
Melur Untuk Firdaus
9 OST Terbaik  Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
Kekasih Hati Mr. Bodyguard
10 Oppa Pilihan Tonton  Cha Eun Woo
11 Drama Terbaik Suamiku Lelaki Pendosa
Global Station Sdn Bhd
12 Pengarah Terbaik Eyra Rahman
Suamiku Lelaki Pendosa
13 Pelakon Lelaki Terbaik Dato Aaron Aziz
Suamiku Lelaki Pendosa
14 Pelakon Wanita Terbaik Ummi Nazeera
Risik Pada Hati
15 Drama 8TV Terbaik My Dream My Wish 

Terbaru Lebih lama