Nama Nama Allah Tersergam Indah Di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol
Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Nama Nama Allah di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Masjid cantik di Kelantan, Masjid cantik
Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol | Assalamualaikum semua pembaca blog luqman zakaria, untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol yang terletak di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan yang menjadi tumpuan ramai untuk singgah menunaikan ibadan dan mengambil gambar kerana senibinanya yang sangat cantik.
Cantik kan korang! Waktu pertama kali aku ke sini memang teruja tengok. Kalau korang ke dalam masjid lagi menarik sebab kawasan mimbar dibina dengan sangat cantik tetapi sayangnya waktu aku ke sini kawasan dalam masjid ditutup. Mereka yang datang boleh solat dibahagian luar sahaja. Korang curious nak tahu kan macam mana keadaan dalam masjid? Cuba cari dekat tiktok insyaAllah ada banyak video yang dikongsikan oleh pengguna yang pernah ke sini.
Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol
Alamat : Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan