Jumbo, Filem Animasi Indonesia Paling Dinantikan Bakal Tayang Tidak Lama Lagi!

Pada 5 November 2021, Visinema Pictures memuatnaik satu video animasi Jumbo berdurasi 1 minit dan 8 saat di platform sosial media seperti youtube dan instagram dimana ianya mendapat perhatian ramai orang terutama sekali netizen indonesia. Video pendek bertajuk First Look Film Jumbo | Segera Tayang mendapat jumlah tontonan melebih 200 ribu dan maklumbalas dari penonton juga sangat positif. 

Jumbo, Filem Animasi Pertama Visinema Animation Bakal Tayang Tahun 2023

Selepas menonton video first look untuk filem animasi Jumbo, Aku rasa filem ini akan menjadi salah satu filem animasi yang bakal mendunia kerana ianya nampak sangat menarik dan animasi yang dihasilkan juga sangat berkualiti tinggi. 


Jumbo

Filem animasi Jumbo merupakan filem pertama yang dihasilkan oleh Visinema Animation. Filem Jumbo diterbitkan oleh Anggia Kharisma dan diarahkan oleh Ryan Adriandhy yang juga merupakan animator untuk filem ini. 

Untuk pengetahuan semua, filem animasi Jumbo dijadualkan tayangannya pada 2023. Aku harap filem animasi Jumbo akan mendapat sambutan yang mengalakkan di Indonesia dan mampu melebarkan sayapnya ke negara lain termasuk Malaysia. 


Sinopsis Filem Animasi Jumbo

Menurut perkongsian artikel dari laman sesawang Koran Jakarta, Jumbo mengisahkan tentang seorang kanak kanak bernama Don. Seorang budak lelaki berusia 10 tahun ini sangat sukakan cerita dongeng buatan ayah dan ibunya. Pada suatu hari, Don menemui satu kejutan. Kejutan tersebut membawanya kepada misteri dan pengembaraan yang membuatkan Don tahu erti janji dan persahabatan.

Filem animasi Jumbo dari Indonesia pastinya akan diwarnai oleh banyak watak tetapi buat masa sekarang informasinya masih belum tetapi menurut laman web wikipedia, terdapat dua karakter yang sudah diketahui pelakon suaranya iaitu watak don yang dimainkan oleh Yusuf Ozkan dan Bapa kepada Don dimainkan oleh Ariel Noah.


Tonton Official Teaser Filem Jumbo 

Pada 30 Ogos 2022, Visinema Pictures akhirnya memuatnaik official teaser untuk filem jumbo berdurasi 58 saat untuk tontonan umum. Korang boleh tengok teaser filem tersebut seperti yang aku kongsikan dibawah. 

Terbaru Lebih lama