Mechamato Movie Di Pawagam Bulan Disember Akan Datang!

Siri animasi Mechamato (Mechamato Animated Series) yang disiarkan menerusi saluran Cartoon Network akan kembali menemui penonton dengan filem pertama mereka berjudul Mechamato Movie pada 8 Disember 2022

Mechamato Movie di Pawagam Pada Disember 2022
Credit to @Astroshaw

Bagi korang yang tidak pernah menonton siri animasi Mechamato, ianya berkisahkan tentang seorang kanak kanak lelaki bermana Amato menemui satu penjara kapal angkasa yang dipenuhi dengan robot jahat termasuklah robot Mechabot yang mempunyai keupayaan untuk menukarkan objek menjadi alat atau peranti yang berteknologi tinggi.

Selepas kejadian itu, Amato menjadi tuan kepada Mechabot dan mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat yang terlepas dari penjara angkasa lepas itu.

Siri Animasi Mechamato Tayang di Netflix Dan Streaming Platform Lain

Sewaktu siri animasi Mechamato ditayangkan di Cartoon Network mungkin ada di antara kita tidak dapat menontonnya tetapi kali ini korang tak perlu risau kerana sini animasi ini akan ditayangkan  Netflix dan beberapa streaming platform lain.

Bermula 1 Oktober 2022, Siri animasi Mechamato akan mula bersiaran di Netflix dalam enam bahasa yang berbeza termasuk bahasa melayu, inggeris, korea dan jepun.

Siri animasi Mechamato di Netflix

Selain menonton siri animasi menerusi saluran Cartoon Network dan Netflix korang juga boleh menonton di saluran Astro Prima pada setiap hari sabtu dan ahad jam 7 petang. 

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menonton siri animasi Mechamato di HBO GO, Astro GO, TV9, TV3,  dan Youtube Channel Monsta.
  • Siri Animasi Mechamato di TV3 bermula 4 Disember 2022
  • Siri Animasi Mechamato di TV9 bermula 3 Oktober 2022
  • Siri Animasi Mechamato di Youtube bermula 7 Oktober 2022
Tidak dilupakan untuk peminat animasi di Indonesia, kalian boleh menonton siri animasi Mechamato di saluran MNCTV dan streaming platfrom Vidio tidak lama lagi.
  • Siri Animasi Mechamato di MNCTV bermula 17 Oktober 2022
  • Siri Animasi Mechamato di Vidio bermula 21 Oktober 2022
Inilah masanya untuk peminat animasi menonton Mechamato kerana ianya ditayangkan di beberapa platform yang boleh diakses pada bila bila masa sahaja. Dengan menonton siri animasi ini korang akan lebih tahu tentang jalan cerita dan watak yang dimainkan supaya bila tengok filem Mechamato pada 18 Disember 2022 nanti korang akan lebih enjoy! sumber

Terbaru Lebih lama