Avatar : The Way Of Water Akan Ditayangkan Pada Bulan Disember 2022

Pada tahun 2009, Avatar menjadi salah satu filem yang digemari ramai dan kini mereka kembali dengan filem sekuel Avatar terbaru bertajuk Avatar : The Way Of Water. Satu penantian yang agak lama sebenarnya buat peminat filem avatar kerana penggambaran filem epik ini mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan tetapi akhirnya filem ini akan menemui penonton tidak lama lagi.

Avatar The Way of Water di pawagam bulan disember 2022

Menurut laman sesawang wikipedia, filem Avatar : The Way Of Water akan ditayangkan pada 16 Disember 2022 dan tiga lagi sekuel filem Avatar dijadualkan tayangannya pada 20 Disember 2024, 18 Disember 2026 dan Disember 2028.

Teaser Rasmi Avatar : The Way Of Water


Berita baik juga buat mereka yang tidak pernah menonton filem Avatar, filem Avatar pertama yang dikeluarkan pada tahun 2009 akan ditayangkan semula dipawagam yang terpilih pada 22 September 2022. Tayangan semula filem ini pastinya akan membuatkan peminat lagi bersemangat untuk menonton sekuel Avatar : The Way Of Water. 

Dibawah adalah trailer filem Avatar pertama untuk  tayangan semula pada 22 september 2022.

Terbaru Lebih lama