Berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara di blog adalah untuk memberi manfaat kepada ramai orang diluar sana tetapi jika ianya tidak dibaca oleh sesiapa pun pastinya perkongsian tersebut adalah sia sia. Sebagai penulis blog aku yakin kita cuba sedaya upaya untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi dan menarik lebih ramai pembaca ke blog supaya arkitel yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Meningkatkan trafik dan menarik pembaca ke blog bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang mantap. Kita Jangan putus asa dan cuba sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti blog.
Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog Dan Menarik Pembaca Ke Blog
Sebagai seorang blogger, Aku sendiri masih lagi mencuba tips untuk meningkatkan trafik blog yang dikongsikan ini. Jadi, aku harap dengan tips ini dapat membantu aku dan korang semua yang melibatkan diri dalam dunia blogging untuk terus menulis dan berkongsi dengan pembaca diluar sana.
Walau pun sekarang ini ada banyak platform sosial media yang tumbuh macam cendawan, blog tetap masih relevan bagi mereka yang ingin mencari maklumat yang lebih lengkap.
Tulis Artikel Yang Bermanfaat Untuk Semua Orang
Zaman sekarang ini ramai orang tidak mengira umur mencari maklumat tentang sesuatu perkara di internet. Jadi, kita gunakan peluang ini untuk berkongsi dengan mereka. Sebagai contoh, kita boleh kongsikan tentang tempat makan yang menarik untuk dicuba atau tempat rekreasi yang best untuk dikunjungi.
Selain itu, kita juga boleh berkongsi tips dan tutorial kepada pembaca seperti tips untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, tutorial untuk membuat permohonan bantuan kewangan dan banyak lagi.
Aku pernah kongsikan artikel seperti yang disebut dan Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkkan trafik dan menarik pembaca baru ke blog malah ianya juga dapat memberi manfaat kepada pembaca.
Contoh artikel yang pernah aku kongsikan.
1. Cafe Baru di Tanah Merah Kelantan, Nasken Coffee