Konsert Blackpink Di Kuala Lumpur Malaysia Pada 4 Mac 2023

Selepas pengumuman Pre Release Single bertajuk Pink Venom yang akan dikeluarkan pada 19 Ogos 2022, Mereka kini telah berkongsi maklumat tentang lokasi dan tarikh Konsert World Tour Blackpink yang akan berlangsung di beberapa negera termasuk Malaysia.

Pengumuman tentang Blackpink Pink Born World Tour Concert tersebut dibuat melalui beberapa social media platform seperti twitter, facebook, instagram dan juga youtube. 

Born Pink World Tour

Melalui perkongsian tersebut, Blackpink Born Pink World Tour akan bermula di Seoul, Korea Selatan pada 15 dan 16 Oktober 2022 dan berakhir di Amsterdam pada 22 Desember untuk tahun 2022.

Pada tahun hadapan 2023, Blackpink akan menyambung konsert tersebut di Bangkok, Thailand pada 7 dan 8 January 2023.

Buat peminat Blackpink yang berada di Malaysia, korang boleh mula bersedia untuk dapatkan tiket konsert Blackpink sekarang kerana mereka akan menemui Blinks Malaysia di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023 akan datang.

Buat masa sekarang, masih belum ada informasi lain berkenaan dengan harga tiket dan sebagainya. 

Korang sudah bersedia untuk menonton Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo di Kuala Lumpur, Malaysia pada bulan Mac 2023?

Terbaru Lebih lama