Tonton Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro Sekarang

Tonton Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro Sekarang | Filem komedi terbaru di Astro yang best untuk korang semua tengok sekarang ini adalah Kalut Nak Kahwin yang dibintangi oleh ramai pelakon. Antara yang terlibat adalah Amerul Affendi, Chelsia Ng, Kartina Aziz, Anas Ridzuan, Salih Yaacob, Dee Al Hadi, Aloy Paradoks dan Fudail Daiyyan.


berkisahkan tentang kehidupan penduduk di rumah flat yang menghadapi massalah air pada hari majlis perkahwinan di tempat mereka. 

Pengantin perempuan bernama Munirah sangat bingung apabila berlakunya gangguan air di flat pada hari perkahwinannya. Abang kepada Munirah iaitu Mustaqim cuba untuk mengatasi masalah tersebut dan memastikan perkahwinan adiknya berjalan seperti yang dirancang.

Lebih parah lagi apabila Pak Lang selaku tukang masak tidak dapat menghidangkan semua makanan untuk tetamu jemputan perkahwinan kerana kesuntukan masa. Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menghadapi masalah lain seperti kebakaran, tok kadi ada urusan dan pelamin tak siap.

Macam manalah agaknya penduduk flat ini nak menyelesaikan masalah yang dihadapi? Aku sangat tertarik dengan cerita macam nih sebab ianya relatable. Realitinya kita pun pernah mengalami masalah tak ada air dan ianya bukan masalah yang kecil sebab air adalah antara keperluan yang wajib ada sebab banyak benda tak boleh selesai kalau tak ada air kan.

Jadi, kalau korang free tuh jomlah tengok filem Kalut Nak Kahwin dekat Astro hehe. Harap harap bestlah dari awal sampai akhir sebab trailer nampak menarik.


Filem bergenre romantik komedi ini adalah arahan dari Yussuf Yunus dan terbitan dari Cinemalaya Studio supported by FINAS, ALB Infiniti dan juga Astro Shaw. Untuk pengetahuan korang semua, filem Kalut Nak Kahwin akan ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di Astro First saluran 480

Selamat Menonton!
Terbaru Lebih lama