Kelebihan Dan Manfaat Membaca Surah Al-Kahfi Yang Ramai Tidak Tahu

Setiap hari kalau tak buka aplikasi tiktok memang tak sah. Ada banyak video yang dimuatnaik oleh netizen untuk dipertontonkan kepada pengguna tiktok lain. Walau pun aplikasi ini dikatakan boleh melalaikan kita tetapi bagi aku kalau kita gunakannya dengan sebaik mungkin ia boleh memberi manfaat. 

Tidak semua isi kandungan video tiktok memberi kesan buruk kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis video yang dikongsikan dalam tiktok memberi manfaat yang baik kepada kita. Sebagai contoh, beberapa hari yang lepas secara tidak sengaja aku menonton satu video yang menceritakan tentang manfaat atau kelebihan membaca suruh Al-Kahfi. 

membaca Al Quran

Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan kemudahan yang disediakan. Kalau digunakan ke arah yang baik insyaAllah ia boleh memberi kebaikan kepada kita. Kalau digunakan ke arah yang negatif maka kesannya juga mungkin akan menjurus kepada perkara yang tidak baiklah. betul tak?

Bercakap tentang Surah Al-Kahfi, Aku nak ambil peluang yang ada untuk berkongsi dengan korang semua tentang kelebihan dan manfaat yang kita akan dapat sekiranya membaca, menghafal dan mengamalkan surah Al-Kahfi. 

Kelebihan Dan Manfaat Membaca Surah Al-Kahfi Yang Ramai Tidak Tahu 

1. Diterangi Cahaya Antara 2 Jumaat 

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW 

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).”

(Riwayat ad-Darimi)

2. Terpelihara Daripada Dajjal 

Rasulullah SAW Bersabda 

 “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”

(Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW Bersabda 

“Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

(Riwayat Abu Dawud)

3. Mendatangkan Ketenangan Dan Rahmat 

Daripada Al-Bara' bin 'Azib berkata 

“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”

Rasulullah SAW pun bersabda

“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran”.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Sekiranya ada masa yang terluang tuh gunakan ia untuk membaca Surah Al-Kahfi. Aku pun masih mencuba sebaiknya untuk membaca dan menghafal surah Al-Kahfi supaya senang nanti dekat mana mana pun boleh baca. Sumber 1
Terbaru Lebih lama