3 Cara Untuk Membuat Semakan Keputusan STPM 2021 Secara Online dan SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2021 (STPM 2021) boleh disemak bermula pada hari khamis,18 Ogos 2022

Cara semakan keputusan STPM

Terdapat tiga kaedah yang telah disediakan bagi memudahkan pelajar membuat semakan. Pelajar boleh ke sekolah atau semak keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2021 (STPM 2021) secara atas talian.

 

3 Cara Untuk  Membuat Semakan Keputusan STPM 2021 Secara Online dan SMS

1. Membuat Semakan STPM 2021 Di Sekolah 

Calon yang ingin mendapatkan slip keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2021 (STPM 2021) boleh hadir ke sekolah masing masing pada 18 Ogos 2022 mulai jam 12:00 Tengah hari.

2. Semakan STPM 2021 Secara Online 

Semakan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2021 (STPM 2021) juga boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (STPM (mpm.edu.my) pada 18 Ogos 2022 bermula jam 12:00 Tengah Hari. 

3. Semakan STPM 2021 Secara SMS

Untuk semakan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia 2021 (STPM 2021) melalui SMS pula boleh dibuat pada tarikh yang sama 18 Ogos 2022 tetapi lebih awal iaitu mulai jam 11:00 pagi. Ikut langkah mudah yang dikongsikan dibawah jika korang ingin mendapatkan keputusan STPM 2021 secara SMS.

STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi mereka yang berkenaan melalui e-mel stpm@mpm.edu.my.
Terbaru Lebih lama