Tonton Episod Penuh Drama Biarkan Ia Pergi Di Slot Samarinda TV3 Dan Disney Plus Hotstar Malaysia

Drama Slot Samarinda sebelum ini yang bertajuk Tarik Aku Ke Syurga lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam telah pun tamat dan digantikan dengan drama adaptasi novel yang terbaru iaitu Biarkan Ia Pergi yang dibintangi oleh Amar Bahrin dan Isyariana


Drama Biarkan Ia Pergi sudah mula ditayangkan pada 11 Ogos 2022 pada jam 10:00 Malam setiap hari isnin hingga khamis. Selain Amar Baharin dan Isyariana, drama ini juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon pembantu lain seperti Lia Natalia, Asha Merican, Sheila Mambo, Mior Darwish dan ramai lagi. 

Biarkan Ia pergi juga boleh ditonton melalui aplikasi/laman sesawang Disney Plus Hotstar Malaysia. Jadi, kalau korang tengah on the go boleh tengok drama Biarkan Ia Pergi menggunakan telefon pintar.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Alissa (Isyariana) yang telah dinoda oleh seorang lelaki yang menyebabkan hidupnya hilang arah. Alissa ditinggalkan kekasihnya dan persahabatannya juga dikhianati. Alissa juga dihalau oleh orang tuanya kerana disahkan hamil.

Dugaan demi dugaan yang dialami oleh Alissa tetapi dia harus kuat dan tabah demi memperjuangkan nasib anaknya Ameen Zaquan (Mior Darwish). 

Lelaki yang telah menodai Alissa, Zaquan (Amar Baharin) menyedari kesilapan yang dilakukannya kembali mencari Alissa untuk menebus kembali kesilapannya.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Korang kenalah tengok drama Biarkan Ia Pergi.

Informasi Tentang Drama Biarkan Ia Pergi (20 Episod)

Tajuk Drama : Biarkan Ia Pergi 
Tarikh Tayangan : Bermula 11 Ogos 2022 
Waktu Tayangan : Isnin hingga Khamis, Jam 10:00 Malam 
Pengarah : Fairuz Loy
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Lakonan : Amar Baharin, Isyariana, Lia Natalia, Asha Merican, Sheila Mambo, Mior Darwish, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Sabhi Saddi, Ana Dahlia, Diyya Eqa, Myra Natasha, Rosnah Johari, Hafidzuddin Fazil, Zulkifli Ismail
Terbaru Lebih lama