Drama Anak Beranak Abe Yie

Satu lagi drama yang aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu Anak Beranak Abe Yie yang ditayangkan di TV3 dalam Slot Sakura menggantikan Drama Nenda yang telah melabuhkan tirainya baru baru ini. 


Drama Anak Beranak Abe Yie ini sudah pun ditayangkan di TV3 bermula 16 Ogos 2022 pada jam 6:00 Petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Ramai pelakon yang terlibat dalam drama ini termasuklah Azlee Senario. Dah lama tak tengok Azlee Senario berlakon drama. 

Sinopsis

Drama Anak Beranak Abe Yie mengisahkan tentang anak beranak ayie iaitu Ann dan Sam yang menetap di Kuala Lumpur dan Melaka cuba untuk merentas negeri pulang ke kampung halaman sewaktu Covid 19 melanda negara kita. 

Abe Yie dan Muluk pula risau dengan tindakan mereka takut sekiranya mereka membawa penyakit tersebut ke kampung. Ketua kampung dan penduduk lain juga sentiasa memberi peringatan supaya semua orang menjaga kesihatan dan menentang sekiranya ada yang ingin datang ke kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. 

Apa yang akan berlaku nanti? Dapat ke Ann dan Sam balik kampung? 

Seronok kalau tengok cerita macam ini sebab drama ini bergenre komedi. Mesti ada banyak adegan yang lawak dan kelakar hehe. 

Informasi Tentang Drama Anak Beranak Abe Yie (20 Episod)

Tajuk Drama : Anak Beranak Abe Yie
Tarikh Tayangan : Bermula 16 Ogos 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis Jam 6:00 Petang
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Terbitan : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Lakonan : Azlee Senario, Jasmin Hamid, Aiman Tino, Puteri Sarah, Aidil Aziz, Wan Sharmila, Aidit Noh dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama