Drama Kids Nowadays

Drama bersiri terbaru di Astro Ria yang menarik untuk ditonton sekarang ini adalah drama Kids Nowadays yang dilakonkan oleh Dato' Awie sebagai teraju utama. Bukan senang nak tengok Dato' Awie berlakon drama sekarang ini betul tak? Kalau tak silap aku tahun ini drama yang Dato' awie berlakon ada dua sahaja iaitu Sudin Dah Kaya dan Kids Nowadays.
 

Drama Kids Nowadays telah mula bersiaran pada 15 Ogos 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11:00 Malam di Astro Ria 104 atau korang juga boleh tonton di Astro Go. Selain Dato' Awie, ada beberapa pelakon lain yang terlibat sama seperti Alvin Chong, Wanna Ali dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Kids Nowadays

Drama ini menceritakan tentang Jaafar yang berstatus Duda ingin melanjutkan pelajaran tetapi ditentang oleh anak perempuannya Najiha. Walau pun dihalang, Jaafar masih meneruskan niatnya dengan mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan Najiha. 

Apakah yang akan dilakukan oleh Najiha? Bagaimana perjalanan Jaafar sebagai seorang mahasiswa? 

Kalau nak tahu, korang kenalah tengok drama ini!

Informasi Ringkas Tentang Drama Kids Nowadays (20 Episod)

Tajuk Drama : Kids Nowadays
Tarikh Tayangan : Bermula 15 Ogos 2022
Waktu Tayangan : Setiap Hari Isnin hingga Khamis, Jam 11:00 Malam
Pengarah : Ejump Mohd
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
Lakonan : Dato' Awie, Alvin Chong, Wanna Ali, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Nafiez Zaidi, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Ezzrin Loy, Meor Ahmad dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama