Drama Kau Vs Aku

Drama terbaru yang menarik untuk korang semua tonton di aplikasi Sooka atau lama sesawang Sooka.com adalah drama melayu yang bertajuk Kau Vs Aku. Drama ini di adaptasi daripada novel wattpad Kau Vs Aku karya Nurul Husnina atau lebih dikenali dengan nama Shieyruna di website wattpad.com.


Drama Kau Vs Aku ditayangkan bermula 19 Ogos 2022. Episod Pertama Kau Vs Aku di aplikasi sooka dan website sooka boleh ditonton secara percuma tetapi untuk episod kedua dan seterusnya korang perlu melangan. Senarai harga boleh rujuk link yang aku kongsikan ini (Plans & Pricing Sooka).

Drama ini dibintangi oleh Dini Schatzmann dan Shasha Abedul sebagai watak utama dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Mia Sara Shauki, Chubb-E, Atikah Suhaimie dan lain lain.

Sinopsis

Drama Kau Vs Aku mengisahkan tentang Aulia Zulaikha (Shasha Abedul) yang bercita cita untuk menjadi penulis tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang influencer yang tidak sukainya, Danish (Dini Schatzmann) berpindah di sekolah yang sama.

Kisah Aulia Zulaikha menjadi lebih rumit apabila ayah cuba mengatur hidupnya dan Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar daripada masalah.

 
Informasi Tentang  Drama Kau Vs Aku (8 Episod)

Tajuk Drama : Kau Vs Aku
Tarikh Tayangan : Bermula 19 Ogos 2022
Pengarah : Shamyl Othman, Megat Shahrizal dan Siti Afizah
Terbitan : Redcomm
Lakonan : Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Atikah Suhaimie, Arena Wan, Fimie Don, Imran Aqil dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama