Netizen Boleh bertenang Sekarang! Tempoh Diskaun Bayar Saman Murah Dilanjutkan.

Netizen boleh bertenang Sekarang! Tempoh Diskaun Bayar Saman Murah Dilanjutkan | Seperti yang kita semua tahu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80% bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Tawaran ini berlangsung selama empat (4) hari bermula 9 Disember 2021 hingga 12 Disember 2021. Bayaran saman boleh dibuat di kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) KLCC, Kaunter Bayaran Saman Trafik di Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara bermula jam 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang.

Selain itu, kita juga boleh membayar saman secara atas talian, portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman. Mendapat sokongan yang sangat tinggi daripada Rakyat Malaysia menyebabkan kesesakan kepada sistem pembayaran secara online. 

Perkara yang sama juga berlaku di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Keadaan agak sesak walau pun mereka sudah membuka banyak kaunter. Ramai diantara kita berharap tempoh pembayaran saman dengan diskaun sebanyak 80% dilanjutkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat membayar saman mereka yang tertunggak.

bayaran saman murah dilanjutkan sehingga 15 disember 2021
Credit to Instagram JPJ Malaysia

Alhamdulillah suara rakyat didengari dan tempoh pembayaran saman dengan diskaun sebanyak 80% dilanjutkan sehingga hari Rabu ini, 15 Disember 2021. Tunggu apa lagi, jom bayar saman korang yang tertunggak sekarang. Bukan selalu dapat diskaun yang banyak macam nih. Kalau tangguh nanti confirm menyesal. 
Terbaru Lebih lama