Kedai Makan Lokcing Sedap Di Tanah Merah Kelantan | TM Lokcing dan Sotong Bakar

Kedai Makan Lokcing dan Cucuk Cucuk Sedap Di Tanah Merah Kelantan | TM Lokcing dan Sotong Bakar | Salah satu makanan yang menjadi tarikan di negeri kelantan adalah lokcing dan cucuk cucuk yang didatangkan dengan pelbagai jenis rupa dan bentuk contohnya sosej berperisa cheese, pulut, tom yam dan macam macam lagi. 

Kedai makan lokcing sedap di kelantan

Kedai makan lokcing sedap di kelantan

Mencari kedai  menjual lokcing dan cucuk cucuk di negeri Kelantan memang sangat mudah tapi kadang kadang tuh pilihan tak banyak. Kalau korang ke TM Lokcing dan Sotong Bakar insyaAllah tidak mengecewakan sebab pilihan cucuk cucuk sangat banyak sampai korang tak tahu nak cuba yang mana satu. 

Pilihan Lokcing dan Cucuk Cucuk Yang Banyak Di TM Lokcing Dan Sotong Bakar

Kedai makan lokcing dan Sotong Bakar sedap di Kelantan

Pilihan yang banyak seperti ini pastinya akan memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk memilih cucuk cucuk kegemaran mereka. Bagi yang belum pernah mencuba juga semestinya akan tertarik untuk makan buat pertama kali. Cucuk cucuk yang sedap wajib dimakan dengan sos yang dibuat sendiri oleh pemilik kedai.

Kedai Makan Lokcing dan sotong bakar sedap di Kelantan

Kalau tak silap aku ada 3 pilihan sos yang korang boleh cuba. Dua yang pedas dan satu lagi tak pedas. Untuk sos pedas, korang boleh pilih satu sahaja atau campurkan sos merah dan hijau. 

Kedai Makan Lokcing dan Sotong Bakar sedap di Negeri Kelantan

Kedai Makan Locking dan Sotong Bakar sedap di Kelantan

Nama kedai pun TM Lokcing dan Sotong Bakar kan, semestinya akan ada sotong bakar jugak hehe. Dari segi harga, aku rasa bergantung kepada saiz sotong tuh sendiri sebab kawan aku pernah datang sini cakap harga dia lain dengan harga yang aku beli. 

Kedai makan lokcing sedap di kelantan

Kedai makan lokcing sedap di Kelantan

Apa pun memang best kalau datang dengan kawan kawan lepak makan dekat sini sebab ruang kedai pun agak besar dan selesa untuk hang out. Untuk pengetahuan korang, TM Lokcing dan Sotong Bakar ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba. 

Kedai makan lokcing dan Sotong Bakar sedap di Kelantan

Kedai makan Lokcing dan Sotong Bakar sedap di Kelantan

Jadi, kalau kawan kawan atau family korang tak nak makan lokcing atau sotong bakar, bolehlah cuba menu dorang yang lain macam steak, chicken chop, burger atau kudap kudap. 

Kedai makan lokcing dan sotong bakar sedap di kelantan

kedai makan lokcing dan sotong bakar sedap di kelantan

Tak pun korang boleh cuba Char Kuey Teow. Kalau tengok dalam menu ada Char Kuey Teow King dengan harga RM12. Tak tahulah apa yang dorang letak dalam tuh sampai RM12 tapi insyaAllah berbaloi.

Dari A sampai Z aku bercerita pasal TM Lokcing dan Sotong Bakar nih tapi tak share dengan korang pasal lokasi kedai. Aku kalau bab lokasi nih memang tak reti nak explain haha sebab tak ada exact address yang aku boleh tulis dalam artikel.

Kalau korang dari Bandar Tanah Merah, ikut je jalan yang menghala ke Pasir Mas, kedai TM Lokcing nih akan berada di sebelah kiri korang. Kedai dia bersebelahan dengan MSB Detailing Coating & Premium Car Wash Tanah Merah

Nak lagi senang? Korang waze jer  TM Locking insyaAllah akan jumpa nanti ok! Atau pun contact dorang melalui facebook/nombor phone yang aku kongsikan dekat bawah nih. Apa pun selamat mencuba. Aku harap artikel nih akan membantu korang untuk cari kedai menjual lokcing dan sotong bakar yang best dekat Tanah Merah Kelantan.

Nombor Telefon : 01121609252/0169349837

2 Ulasan

  1. Beb... terliur betul tengok sotong tu ha.

    BalasPadam
  2. terliur baca entry ni. kalau ke Tanah Merah boleh cuba ni. Tengok harga menu lain nampak berpatutan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama