Kedai Makanan Western Di Kampung Kalai Jeli Jadi Tumpuan | Al Fath Cafe

Kedai Makanan Western Di Kampung Kalai Jeli Menarik Perhatian Ramai | Al Fath Cafe |  Sebelum nih aku banyak ke area Tanah merah dan Kota Bharu kalau melibatkan kedai makan macam cafe tapi tak pernah cari di area Jeli sebab rasa macam susah nak jumpa tapi lepas dah google sendiri aku ternampak satu kedai makanan western nama dia Al Fath Cafe yang terletak di Kampung Kalai, Jeli.

Kedai Makanan Western sedap di Kelantan

Al Fath Cafe Kampung Kalai Jeli 
Alamat : 206, 17600 Jeli, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap hari (3 Petang hingga 10 Malam)
Nombor Telefon : 0148266157

Lokasi Al Fath Cafe dari Bandar Bukit Bunga mengambil masa lebih kurang 35 minit. Tak adalah jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan bandar Kota Bharu dari Bukit Bunga kan. Kalau korang tengok gambar yang aku kongsikan korang boleh nampak ada banyak tempat duduk yang disediakan untuk pelanggan yang nak dine in. dekat luar pun masih ada lagi dua tempat duduk kalau  tak silap aku.

kedai makan western sedap di Kelantan

Kedai makan western sedap di Kelanta

Sebelum aku datang ke Al Fath Cafe, aku baca dulu review yang diberikan oleh korang yang pernah makan dekat sini. Kebanyakan komen komen yang ditulis melalui google review sangat memuaskan. Kebanyakan pelanggan yang datang sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dekat sini.

Senarai Makanan Dan Minuman Di Al Fath Cafe Kampung Kalai Jeli (Menu di Al Fath Cafe)

Makanan yang disediakan dekat sini memang banyak sampai rambang mata nak pilih. Korang boleh rujuk menu dekat bawah nih sebelum pergi makan dekat Al Fath Cafe.

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Menu di Al Fath Cafe

Banyak gila kan! Yang bestnya kalau korang datang dengan family boleh order set talam. Harga pun boleh tahan murah kot. Patut la ramai orang suka makan dekat sini. Aku sendiri pun pening tak tahu nak order apa. Last last aku decided untuk ambil Set Talam Biasa yang berharga RM25. 

Review Apa Yang Aku Makan Dekat Al Fath Cafe Kampung Kalai Jeli Kelantan

Macam yang aku bagitau korang, Aku order Set Talam Biasa. Dengan harga RM25 tuh memang berbaloi sangat sangat sebab aku dapat 5 items atau 5 jenis makanan yang berbeza. Untuk Set Talam Biasa nih korang dapat rasa Kambing Bakar 80g, meatball, chicken chop, cheesy wedges dan Spaghetti dimana korang boleh pilih jenis masakan contohny aglio, Bolognese atau carbonara.

Menu western di Al Fath Cafe

Menu western di Al Fath Cafe

Menu western di Al Fath Cafe

Korang tengoklah penuh satu box nih dengan makanan tapi sayang waktu aku datang tuh dorang kehabisan Kambing Bakar tapi yang bestnya dorang gantikan dengan benda lain dan aku boleh pilih nak ganti dengan apa. Fikir punya fikir aku tukar dengan Classis Smokey Beef Burger.

Dalam set nih dorang ada bagi beberapa jenis sos which is sos carbonara, sos blackpepper dan satu lagi sos cili campur dengan sos cheesy yang dorang letak dekat wedges & meatball tuh. 

Aku memang puas hati dengan Set Talam nih. Wedges tuh banyak betul dorang letak, pastuh Chicken chop dia pun boleh tahan besar. Yang kureng sikit spaghetti dia sebab asalnya aku nak aglio tapi takda. Dari segi rasa pun biasa je bagi aku. Burger pulak? Perfect! betul betul sedap. Bun dia lembut, patty pun juicy memang akan repeat kalau pergi lagi.

Kalau korang bercadang nak makan dekat sini dengan kawan kawan atau family memang aku suggestlah sebab makanan sedap dan harga pun boleh dikatakan murah. Nak tengok gambar makanan lain yang ada dekat Al Fath Cafe? Korang boleh ke Instagram atau Facebook dorang. Klik jer link dekat bawah nih. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama