Tonton Melastik Ke Hatimu Episod Penuh Di TV3 dan iQIYI

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod Penuh Di TV3 dan iQIYI | Korang! Slot Lestary TV3 dah ada drama terbaru yang bertajuk Melastik Ke Hatimu. Bila Baca tajuk macam nih mesti drama komedi kan tapi tak tahulah sebab kita semua pun belum tengok lagi. betul tak? 

Kalau korang nak tahu, Drama Melastik Ke Hatimu akan ditayangkan pada jam 9 malam bermula 21 Januari 2021 setiap hari rabu hingga Sabtu mengantikan drama bersiri Hadiah Dari Tuhan.


Drama ini dibintangi oleh Andi Bernadee yang memegang watak sebagai Ziyyad dan Janna Nick sebagai Haura. Apa yang menarik dengan drama ini? Jom kita baca sinopsis drama Melastik Ke Hatimu.

Drama Melastik Ke Hatimu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Haura yang dikatakan agak "gangster" . Haura bercinta dengan Naim tetapi ianya dihalang oleh ibunya kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Disebabkan oleh ibu Haura yang menginginkan menantu kaya, Haura terpaksa akur apabila dia dijodohkan dengan Ziyyad yang merupakan tauke kilang tempat dia dan kakaknya bekerja. 

Drama berlaku selepas mereka berkahwin kerana ziyyad cuba untuk memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya dia diceraikan tetapi lama kelamaan Haura mula jatuh hari kepada ziyyad.

Adakah kebahagiaan mereka akan kekal selepas rahsia terbongkar? Korang kenalah tengok drama ini nanti. 

Tonton Episod Penuh Melastik Ke Hatimu 


Drama : Melastik Ke Hatimu
Tarikh Tayangan : Bermula 21 Januari 2021
Waktu Tayangan : Rabu hingga Sabtu 0900 Malam 
Pengarah : Azmi Hata 
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd 
Lakonan : Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Afifah Nasir ramai lagi.
Terbaru Lebih lama