Calon Pelajar SPM Positif Covid-19? Semoga semuanya dipermudahkan!

Calon Pelajar SPM Positif Covid-19? Semoga semuanya dipermudahkan! |  Sebak rasanya bila dapat tahu salah seorang calon SPM dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis Pahang didapati positif Covid-19.

covid 19 mrsm lipis pahang

Banyak betul dugaan pelajar sekolah sekarang ini terutama sekali pelajar yang perlu menduduki peperiksaan tak lama lagi. Buletin Utama TV3 tadi ada melaporkan bahawa seramai 86 Calon SPM MRSM Lipis dan tiga (3) orang guru dikuarantinkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bukit Tinggi (I-LPKT).

Menurut Pengarah MKN Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria, jumlah keseluruhan yang dikuarantinkan adalah seramai 89 orang dan turut diiringi oleh anggota PDRM. Korang boleh rujuk maklumat dibawah.

  • Pelajar Perempuan - 84 Orang
  • Pelajar Lelaki - 2 Orang
  • Guru Perempuan - 2 Orang
  • Guru Lelaki -1 Orang

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diadakan pada bulan dua nanti. Betul tak? Macam manalah keadaan dorang semua sekarang ini. Marilah kita berdoa supaya segala urusan dan dugaan yang dihadapi oleh mereka dipermudahkan. 

Sumber : Youtube Channel TV3

Terbaru Lebih lama