PKP Di Seluruh Malaysia kecuali Sarawak | Informasi Dari Sidang Media PKP/PKPB

PKP Di Seluruh Malaysia Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari 2021 | Kes jangkitan Covid-19 di enam (6) buah negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan yang agak merisaukan. 

Disebabkan itu, Perintah Kawalan Pergerakan bakal dikenakan ke atas enam buah negeri tersebut. Antara negeri negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis

Intipati Sidang Media Khas PKP/PKPB Pada hari selasa (19 Januari 2021) - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kedah 

  • Peningkatan kes yang melibatkan beberapa kluster di dalam komuniti. Sebanyak 4411 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021  telah direkodkan di Negeri Kedah.
  • 5 dari 12 daerah merekodkan lebih daripda 40 kes iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Kulim, Baling dan Kuala Muda.

Perak

  • Sebanyak 4481 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021 telah direkodkan di Negeri Perak.
  • 8 dari 12 daerah merekodkan lebih daripada 40 kes iaitu Kinta, Larut Matang Selama, Hilir Perak, Manjung, Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Mualim.
  • Terdapat kes kes  tertaburan yang melibat beberapa kluster termasuk hasil saringan kontak rapat.

Negeri Sembilan 

  • Sebanyak 10115 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021 telah direkodkan di Negeri Sembilan.
  • Putara kes positif dalam tempoh 14 hari bermula 5 Januari 2021 hingga 18 Januari 2021 melebihi 140 kes dan kadar jangkitan yang tinggi dalam komuniti.
*Daerah Seremban dan Port Dickson yang pernah diumumkan sebagai PKP juga termasuk didalam PKP peringkat Negeri.

Pahang  

  • Sebanyak 2287 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021 telah direkodkan di Negeri Pahang.
  • Jumlah aktif untuk  kebolehjangkitan adalah sebanyak 626 kes dan bermungkinan/berpotensi akan meningkat akibat ujian saringan kontak rapat.

Terengganu 

  • Sebanyak 875 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021 telah direkodkan di Negeri Terengganu.
  • Sejumlah 403 kes telah dilaporkan dalam masa 14 hari sahaja :
        • 1 Mukim zon merah
        • 2 Mukim zon jingga
        • 39 Mukin zon kuning
 

Perlis 

  • Sebanyak 114 kes positif (Secara Kumulatif) sehingga 18 Januari 2021 telah direkodkan di Negeri Perlis.
  • Terdapat peningkatan jangkitan dalam komuniti secara bertaburan dan Kangar merekodkan 51 kes dalam masa 14 hari menjadikan daerah ini sebagai zon merah.

Secara kesimpulanya, Keenam enam Negeri ini akan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua (2) minggu bermula 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021 kecuali Sarawak.
Terbaru Lebih lama