Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 hingga Akhir Di TV3 & iQiyi

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 hingga Akhir Di TV3 & iQiyi | Drama bersiri Sang Pewaris yang ditayangkan dalam Slot Lestary di TV3 baru baru ini sudah pun melabuhkan tirainya dan digantikan dengan drama terbaru Hadiah Dari Tuhan.

Drama tentang Covid 19 Hadiah Dari Tuhan

Drama kali ini berbeza dengan drama yang pernah kita tengok kerana ianya berkisarkan tentang keadaan semasa yang sedang dilalui oleh semua rakyat Malaysia iaitu Covid-19

Terdapat tiga (3) watak utama yang menjadikan cerita ini lebih menarik iaitu Qul Fattah yang dibawa oleh Syafi Tee, Ika Nabila yang dibawa oleh Riena Diana dan Bella Roselina yang dibawa oleh Sophia Albarakbah.

Mereka bertiga mempunyai kehidupan yang berbeza dimana Qul dilahirkan dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila dilahirkan dalam keluarga M40 dan Bella pula dilahirkan dalam keluarga T20. 

Kehidupan mereka bertiga termasuklah orang sekiling berubah apabila Covid-19 mula menular di Malaysia dan selepas itu pelbagai jenis ujian dan dugaan yang dihadapi oleh mereka.  

Satu drama yang sangat best untuk ditonton kerana ianya sangat dekat dengan kita semua. Jadi, kalau korang nak tengok drama Hadiah Dari Tuhan bolehlah tonton di TV3 atau di Aplikasi iQiyi.

Drama : Hadiah Dari Tuhan 
Tarikh Tayangan : Bermula 30 Disember 2020
Waktu Tayangan : Rabu hingga Sabtu 0900 Malam
Pengarah : Fairuz Loy
Terbitan : Country & Universal Sdn Bhd
Lakonan : Riena Diana, Syafi Tee, Sophia Albarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Izreen Azminda, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama