Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021)  | Apakah kriteria atau syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Rakyat Prihatin 2021? Bagaimanakah cara untuk memohon BPR 2021? 

Cara memohon BPR 2021

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) boleh dibuat bermula bulan Januari 2021 tetapi buat masa ini masih belum ada informasi berkaitan cara permohonan lagi. *Akan dikemaskini*

Kategori dan Jumlah Bantuan Yang Bakal Diterima.

Bagi mereka yang berjaya mendapatkan Bantuan Prihatin Rakyat, jumlah bantuan yang bakal diterima akan diberikan mengikut kategori yang telah ditetapkan. 

Isi Rumah berpendapatan kurang daripada RM2500

  • Pemohon yang berpendapatan kurang RM2500 dan mempunyai satu (1) orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1200.
  • Pemohon yang berpendapatan kurang RM2500 dan mempunyai dua (2) orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1800.
  •  

Isi Rumah berpendapatan dari RM2501 hingga RM4000

  • Pemohon yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 dan mempunyai satu (1) orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM800.
  • Pemohon yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 dan mempunyai dua (2) orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1200.

Isi Rumah berpendapatan dari RM4001 hingga RM5000

  • Pemohon yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 dan mempunyai satu (1) orang anak akan menerina bantuan sebanyak RM500.
  • Pemohon yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 dan mempunyai dua (2) orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM750.

Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500

  • Mereka yang bujang berumur dari 21 tahun dan ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM350.

1 Ulasan

  1. semoga dipermudahkan urusan buat yg memohon. :) Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama