Drama Korea Reply 1988 Trending di Twitter

Drama Korea Reply 1988 Trending di Twitter | Kenapa tiba tiba drama korea Reply 1988 trending di twitter? Best ke drama korea yang satu ini? Tiba tiba rasa nak tengok pulak bila ramai yang kongsikan, Reply 1988 adalah antara drama korea kegemaran dorang.


Drama korea best di Netflix


Sinopsis Ringkas Drama Korea Reply 1988

Cerita ini menggambarkan suasana pada tahun 1988 dimana pada tahun tersebut korea menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik. Terdapat lima peran utama dalam cerita ini iaitu Sung Duk Seon (Lee Hye ri), Choi Taek (Park Bo Gum), Sun Woo (Go Kyung Pyo), Kim Jung Hwan (Ryu Jun Yeol), Ryu Dong Ryong (Lee Dong Hwi).

Mereka berlima adalah sahabat baik yang tinggal dikawasan kejiranan yang sama dan hidup dalam keadaan yang sangat harmoni. 

Dari episod satu lagi, kita sudah boleh lihat kelima lima sahabat ini mempunyai personaliti atau karakter yang berbeza tetapi tetap mampu bertahan lama sebagai sahabat.

Adakah persahabatan mereka akan terus kekal apabila ada yang mememdam perasan cinta terhadap sahabat sendiri? Korang kenalah tengok sebab drama korea Reply 1988 penuh dengan komedi, cinta, keluarga dan macam macam lagi.

Bukan itu sahaja,

Drama Korea Reply 1988 menjadi perhatian ramai kerana penonton dapat mengimbau kembali kenangan mereka ketika berada di tahun tersebut. Walau pun tidak lahir pada tahun tersebut tetapi ada hal hal yang berlaku dalam drama ini membuatkan saya teringat zaman saya masih kecil.

Dengan menonton drama ini, kita juga dapat "relate" kan apa yang berlaku dengan kehidupan seharian kita. contohnya macam mak mak bertukar juadah dengan jiran tetangga yang ditunjukkan dalam episod 1.

Apa pun kalau korang ada masa, tontonlah Drama Korea Reply 1988 di Netflix. Korang juga boleh tonton drama korea Reply 1997 dan Reply 1994 yang juga dimuatnaik di Aplikasi Netflix. Selamat menonton!

Terbaru Lebih lama