MR DIY Buka Cawangan Baru Yang Ke 682 Di Kampung Gemang Jeli | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan berita baik untuk korang yang tinggal berdekatan dengan Kampung Gemang Jeli Kelantan. 

Pada awal bulan disember 2020, cawangan terbaru MR DIY telah pun dibuka di Kampung Gemang Jeli Kelantan. Jadi, korang yang tinggal di kawasan Jeli tak perlu ke Bandar Tanah Merah lagi untuk shopping di MR DIY.

cawangan baru mr diy

Saya sendiri sempat berkunjung ke cawangan MR DIY di Gemang Jeli untuk membeli barang keperluan rumah. Ramai yang datang membeli belah dekat sini tapi jangan risau sebab semua kelengkapan untuk SOP seperti alat pengukur suhu, QR Code Mysejahtera, hand sanitizer dan lain lain disediakan diluar kedai.

Cawangan baru MR DIY

Seronok jugak datang shopping dekat cawangan baru MR DIY di Kampung Gemang Jeli ini sebab selesa. Dengan keadaan kedai yang sangat luas, barang yang dijual pun disusun dengan kemas dan rapi.

Cawangan baru MR DIY
Cawangan baru mr diy
Cawangan baru mr diy

Korang yang selalu shopping dekat MR DIY mesti dah familiar dengan barang barang yang dijual disini kan. Macam macam ada! Mana tak rambang mata kalau tengok barang banyak macam nih.

Nak senaraikan satu satu apa yang dijual di MR DIY cawangan kampung gemang jeli memang tak akan habis. Rasanya lagi cun kalau korang tengok sendiri gambar gambar dekat bawah ini.

Cawangan Baru MR DIY
Cawangan Baru MR DIY
Cawangan terbaru MR DIY
Cawangan Baru MR DIY
Cawangan Baru MR DIY

Ini adalah antara barang barang yang dijual dekat MR DIY Kampung Gemang Jeli! Banyak betul kan? Kalau boleh nak beli semua yang ada dalam kedai tapi lupa duit tak banyak hehe.

Untuk warga Jeli, Tunggu apa lagi? Jom la shopping dekat MR DIY sekarang!

MR DIY Cawangan Kampung Gemang Jeli.
Alamat : PT 5484 - PT 5486 (Ground Floor & First Floor) & PT 5487 (Ground Floor Only), Kompleks Perniagaan Rushdan Yusoff, Kampung Gemang, 17600, Jeli Kelantan.
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (Hari Jumaat tutup dari 1230 PM - 0230 PM)

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama