Sarapan dengan roti ayang, roti kasih dan teh O Peng PERCUMA di Ayang Cafe | Benda pertama yang saya perasan bila sampai jer dekat Ayang Cafe ini adalah warna kedai dia yang tersangatlah PINK! Dekat situ pun dah jadi tarikan untuk orang ramai tengok dan singgah makan dekat situ.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Ayang Cafe ini sebenarnya sudah dikenali ramai dan setiap hari memang akan ada ramai pelanggan datang untuk makan. Jadi, disebabkan itu, saya dan kawan decided untuk datang pada awal pagi sebab takut makanan habis dan lagi satu tak ramai orang kalau datang awal. Nak ambil gambar dan video pun tak menganggu orang lain. 

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Tempat duduk yang disediakan oleh Ayang Cafe pun memang sangat banyak jadi korang tak perlu risau pasal tempat duduk tapi yang korang perlu risau adalah makanan sebab takut habis especially nasi nasi berlauk yang dijual oleh mereka. Bercakap pasal makanan ini, jom saya kongsikan dengan korang semua apa yang ada dekat sini.

Apa yang menarik di Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan?

Sarapan di Ayang Cafe boleh buat korang pening sebab ada banyak pilihan nasi berlauk dijual. Antaranya adalah nasi dagang, nasi lemak, nasi ayam goreng, nasi ikan kering, nasi ikan selayang, nasi ayam gulai, nasi ayam pedas, nasi ayam paprik, nasi kerabu, nasi tumpang, nasi daging kerutuk dan nasi daging goreng.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Boleh tahan banyak kan? Manalah tak pening nak pilih. Ini baru nasi belum termasuk makanan lain contohnya mee goreng, ubi kayu rebus, roti jala, nasi impit sambal, pulut pagi dan aneka kuih muih macam karipap, ketayap, sardin gulung dan lain lain.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Tapi kalau korang semua nak tahu antara menu atau makanan yang sering menjadi tumpuan pelanggan adalah Roti Ayang dan Roti Kasih. Selain itu, korang juga boleh cuba roti bakar, roti stim, french toast, thick toast, mini bun, roti siam dan rotiboy.

Apa yang saya makan di Ayang Cafe?

Makanan yang saya nak cuba dekat Ayang Cafe ini semestinya Roti Kasih atau pun Roti Ayang. Disebabkan kawan saya dah order Roti Ayang jadi saya orderlah Roti Kasih. Seriously memang sangat excited nak cuba sebab ramai yang cakap sedap.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan
Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Kalau korang tengok, gambar pertama tuh adalah Roti Ayang dan gambar kedua (roti yang ada warna pink) adalah Roti Kasih. Untuk makluman korang, Roti kasih yang saya makan dekat Ayang Cafe ini memang sedap. Roti dia ya ampun sangat lembut dan kaya yang dorang letak dekat roti tuh pun marvellous. Portion dia just nice, tak kurang tak lebih. Ditambah pulak dengan telur separuh masak tuh memang ngam la.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Makan roti jer semestinya tak cukup hehe. jadi, kitorang makan nasi jugak. Biasalah kalau perut melayu ini kalau tak pekena nasi memang tak sah. Kawan saya makan nasi dagang dan saya pulak makan nasi kerabu. Sebagai manusia yang tak berapa nak makan sayur makan nasi kerabu memang aneh tapi sejujurnya saya cakap nasi kerabu dia sedap jgk. Nasi dagang tuh pulak ada dua jenis lauk which is ikan dengan ayam. Dalam gambar tuh nasi dagang lauk ayam harga RM4.00 jer.

Minum pulak masing masing order Teh O ais atau dalam loghat kelantan Teh O Peng. Masa nak bayar tuh dia cakap air Teh O Peng PERCUMA! Alhamdulillah syukur. dah jimat berapa ringgit dekat situ. Semoga owner kedai dan pekerja pekerja dekat Ayang Cafe sentiasa dimurahkan rezeki.

Ayang Cafe Kota Bharu Kelantan

Alamat : 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan 
 Tel : 0148417889 | Waktu Operasi : 630 pagi - 0300 petang

Post a Comment

Previous Post Next Post