Lepak sambil makan Burnt Cheese Cake di KB Brewster Coffee Kok Lanas | Nak dijadikan cerita lepas balik dari kota bharu, saya dan kawan kawan singgah dekat KB Brewster Kok Lanas yang terletak berdekatan dengan Pasaraya Econjaya.

KB Brewster Coffee Kok Lanas

Datang sini pun without any expectation sebab tak search dulu rating kedai dan komen komen dari pelanggan lain yang pernah datang dekat google. Jadi, kita redah jer tapi member pernahlah datang sini sekali makan kek Rainbow Mile Crepe yang sememangnya sedap tapi kek lain belum rasa lagi jadi saya dedice untuk cuba kek lain yang ada dekat sini.

KB Brewster Coffee Kok Lanas

Apa lagi yang ada dekat sini selain kek? Sejujurnya bagi saya kalau dari segi menu memang tak banyak sebab dorang cuma ada lebih kurang lapan jenis makanan termasuk makanan ringan. Kalau korang nak tengok menu boleh rujuk gambar dekat bawah nih.

Senarai makanan dan minuman di KB Brewster Coffee Kok Lanas (Menu di KB Brewster Coffee Kok Lanas)


KB Brewster Coffee Kok Lanas

Kalau korang tengok menu, KB Brewster Coffee Kok Lanas menyediakan tiga jenis masakan berasaskan pasta. Lepas tuh ada chicken chop, meatball, spicy drumwings, fries, spicy korean chickens dan nachos. Untuk minum pulak ada few choices untuk coffee lovers dan non coffee lovers.

Apa yang saya makan di KB Brewster Coffee Kok Lanas?

Macam yang saya bagitau, tujuan saya datang adalah untuk cuba kek lain yang ada dekat sini. Ada beberapa jenis kek tapi yang menarik perhatian adalah Burnt Cheese Cake. Jadi, for the first time ever, nak rasa burnt cheese cake dekat KB Brewster Coffee Kok Lanas. Sedap ke tidak?

KB Brewster Coffee Kok Lanas
KB Brewster Coffee Kok Lanas

Jawapan dia, yes! berbaloi sebab memang sedap. Jadi, kalau korang datang KB Brewster Coffee Kok Lanas orderlah Burnt Cheese Cake. Macam mana plak dengan minuman? Masa datang sini saya just order kek jer korang. minuman tak order pun sebab tak rasa nak minum coffee lepas tuh minuman yang bukan berasaskan coffee pun tak ada yang special untuk saya kongsikan dengan korang semua.

Alamat : 446, Tingkat, Lot, 1, Jalan Mahligai - Kok Lanas, Taman Rri Mahang, 16450 Kota Bharu, Kelantan | 10 pagi - 11malam 

Post a Comment

Previous Post Next Post