Makan bersama gadis gadis di Madam Kwan's | Blog ini aku rasa boleh dikategorikan sebagai blog makan makan kot sebab bila aku tengok balik, kebanyakan entri yang aku update semuanya berkaitan dengan makanan. Entahlah, bila nak update pasal makanan jer aku akan rasa excited. kaki makan la katakan. 


Actually, ini first time aku makan kat Madam Kwan's. Kalau kawan aku tak ajak makan kat sini maka dengan itu tidaklah aku ke sini.*bersepah bm aku! Maaf cikgu bahasa melayu. Disebabkan kitorang ramai order makanan pon lebih kurang jer sebab tak tahu nak makan apa. Lagi pon semua nampak sedap.




Muka kekenyangan semuanya. Dari pagi sampai ke malam kitorang berjalan lepas tuh singgah makan. Jalan lagi makan lagi. sampailah penat. Manalah tak lemau kan. Berjalannya bukan banyak pon tak sempat lemak nak terbakar singgah kedai makan lagi. haha.


Terliur gila tengok asam laksa tapi aku tak order asam laksa sebab kawan kawan lain dah order so aku order la benda lain. haha. Boleh pulak macam tuh kan. Taktik jer sebenarnya sebab nanti boleh rasa yang member punya jer and at the same time boleh makan masakan lain. hehe


Aku order Nasi Bojari dan malangnya tak ada jari pon dalam nasi! Meleset sangkaan aku. Ok tak lawak tapi kan guys seriously  nasi ini memang sedap dengan ayamnya yang sangat gebu membangkitkan selera makan aku. Next time kalau korang pergi makan dekat Madam Kwan's boleh la cuba menu ini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post