Pakej perkahwinan yang murah dan lengkap dari MZ Catering Bangi - Blog Luqman Zakaria

Pakej perkahwinan yang murah dan lengkap dari MZ Catering Bangi

Share This
Pakej perkahwinan yang murah dan lengkap dari MZ Catering Bangi | Sekiranya anda semua sedang mencari pakej perkahwinan di sekitar bangi, putrajaya dan kajang dengan harga yang sangat berpatutan, MZ Catering boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan kerana mereka menyediakan pelbagai pakej yang menarik. Pada hari ahad yang lepas aku berpeluang untuk ke Open Day/Hari Terbuka yang dianjurkan oleh MZ Catering dimana pada hari tersebut aku dapat melihat pakej pakej dan mencuba sendiri hidangan masakan catering dari mereka.


MZ Catering menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap untuk bakal pengantin 

Berkunjung ke Open Day yang dianjurkan oleh MZ Catering memberikan pengalaman yang menarik kerana mereka membuatkan anda seolah olah menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Melangkah masuk ke dalam MZ Garden Hall yang besar dan luas ini membuatkan aku rasa cukup selesa. 


Dewan yang berkeluasan 15000 kaki persegi ini mampu memuatkan lebih 1000 tetamu dalam satu masa dan ianya juga dilengkapi dengan penyaman udara. Memang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan yang ideal bagi bakal pengantin. 


Dekorasi dalam dewan pula memang cantik bagi aku sebab ianya sangat simple dan minimal. Meja makan untuk tetamu pun lawa. Setting Pelamin dan meja makan beradab untuk pengantin bersama keluarga juga sangat cantik. Seriously kalau ambil pakej dari MZ Catering ini memang anda akan berpuas hati dari segi dekorasi.

 Pelamin
Meja Makan Beradab
Semuanya cantik termasuklah Photobooth. Yes! MZ Catering menyediakan perkhidmatan photo booth juga untuk pelanggan. Zaman sekarang ini kalau tak ada photobooth memang tak lengkap majlis. Yang menariknya juga anda boleh menyewa Bouncy Castle dengan mereka. Kalau pergi majlis kahwin bawa anak anak, bolehlah anda luangkan masa untuk berjumpa kawan kawan serta sanak saudara dan anak anak pula boleh habiskan masa di Bouncy Castle.

 Photobooth
Bouncy Castle

Semasa hari terbuka berlangsung, MZ Catering juga menyediakan beberapa jenis lauk pauk untuk dicuba sendiri oleh tetamu dan bakal pengantin. Aku juga sempat mencuba sendiri lauk pauk yang ada disana dan hidangan yang menjadi kegemaran aku adalah Daging Masak Hitam. Antara hidangan lain yang ada disini adalah Ayam Masak Merah, Daging Salai Masak Lemak, Dalca Jelatah dan buah buahan seperti tembikai dan oren. Tak lupa juga dengan pilihan nasi yang pelbagai seperti Nasi Jagung, Nasi Beriani, Nasi putih dan Nasi Hujan Panas.


Selain itu, mereka juga menyediakan hidangan lain yang cukup menyelerakan seperti Laksa Penang dan Soto. Kuih Muih melayu dan bubur kacang pun ada disajikan kepada tetamu yang hadir tapi yang paling best semestinya kambing golek. First round tak sempat nak ambil dah habis. Sanggup tunggu kejap sebab nak makan kambing golek. haha


Penantian yang berbaloi sebab kambing golek mereka memang sedap dimakan dengan sos black pepper dan kentang putar. Jadi, untuk anda yang sedang mencari pakej yang berpatutan dikawasan bangi dan sekitarnya, bolehlah menghubungi MZ Catering dengan segera.

Pakej Pakej lain yang ditawarkan oleh MZ Catering

MZ Catering juga menawarkan banyak pakej lain yang sangat menarik untuk majlis hari jadi, berendoi, aqiqah, seminar, reunion, taklimat, kursus dan lain lain lagi. Selain MZ Garden Hall yang sesuai untuk majlis perkahwinan, MZ Catering mempunyai satu lagi dewan yang dikenali sebagai Diamond Hall yang boleh disewa dengan harga serendah RM100/sejam.


Alamat MZ Catering dan MZ Garden Hall
Lot 5057, Jalan Utama,
Kg Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 014-3180070 (Encik Fazrul)

Waktu Operasi
0830am - 1730pm

Website
Facebook
Instagram

20 ulasan:

  1. Rarenya menu makanan dia tu. Musim sekarang ramai suka garden wedding dengan setting khemah macam tu. Kalau boleh kawen lagi sekali memang ambil pakej deorang.

    BalasPadam
  2. wow nampak grand dan cantik betul deco mereka ni, best je mata memandang hehe. Lauk pauk pun semuanya nampak sedap2 dan menyelerakan sungguh!

    BalasPadam
  3. Boleh suggest dkt bakal2 pengantin Amni ni sebab amni buat makeup juga.hehehe.Pakej diorang pun berbaloi2.

    BalasPadam
  4. sebelum ni tak pernah nampk pakej yg ada permainan kanak2 tu..tapi yg ni lain la, tgk makanan pun sedap2 semua...serius mmg terliur la

    BalasPadam
  5. berbaloi pakej perkahwinan ni.. macam one-stop.. semua settled dengan pakej ni.. siapa nak kahwin bolehlah consider..

    BalasPadam
  6. Ala. Kenapa Rawlins tak pergi? Dekat je dengan rumah Rawlins nie. Hehe.

    BalasPadam
  7. Sekarang ni pasangan mempelai x perlu nak pening2 kepala bab2 kenduri kahwin, semuanya dah mudah. Cuma perlu sediakan duit jerk, semua orang boleh uruskan

    BalasPadam
  8. Menariknyaaaa wak pakej perkahwinan kat sini. Yang penting semua hidangan dia nampak tempting sangat. Nanti boleh la i rekemen kan pada anak-anak buah i yang merancang nak kawen

    BalasPadam
  9. Yaampun cantik gila , rasa nak kawen lagi sekali ahaks .. senang pengantin sekarang siap pakej dah

    BalasPadam
  10. Wahh dewan dia baesar sungguh and menarik sangat. Menu diaorg pun nampak sedap2, apa yg sis nampak..siap ada mainan kanak2 lagi..memang terbaik, boleh le anak2 yg boring main kat sana n tak kacau mak pak makan

    BalasPadam
  11. Memang berbaloi pasangan pengantin Yang baKal melangsungkan erkahwinan tak Lama lagi .Kalau tempah kat sini semua serba lengkap . Tempat besar Dan boleh tampung ramai pengunjung .

    BalasPadam
  12. Terbaik sungguh pakej perkahwinan yang di tawarkan ni. Semua dah ada. Semestinya kahwin ni urusan besar. Selagi tak membazir dan ikut kemampuan lebih baik

    BalasPadam
  13. Bestnya pakej perkahwinan kat sini. Lengkap semuanya. Paling best tempat dia agak besar dan luas

    BalasPadam
  14. Wow.. Menarik sangat la pakej mereka. Tergoda tengok dewan dan makanan dari pihak catering tu. Sedap sangat.. Walaupun tak dapat rasa, tapi tahu mesti sedapkan..

    BalasPadam
  15. Wow..luas gila dewan dia...
    Takda la pnas n rasa terperap kan..tpi lauk2 dia tu...aummm sangat2

    BalasPadam
  16. Bagi mek yg dah lalui majlis perkahwinan, rasenya better pilih yg mcm gni siap terus tkyah pening fikir kenduri bagai. Just sediakan duit je la. Tp bersederhana tu perlu time kawen. Ikut kemampuan.

    BalasPadam
  17. Hall dia meriah gila..luas plak tu. Ni yang rasa nak kahwin lagi ni hahaha..tengok harga, memang berpatutan..grand!

    BalasPadam
  18. Kita yang tengok pun rasa nak kawin lagi je..hehehe..cantik dan luas tempat dia..senang mudah untuk mereka yang nak kawin..semua serba lengkap..

    BalasPadam
  19. bagusnya pakej perkahwinan ni. lengkap semua dah tak perlu pening2 fikir katering la, khemah la, perhiasan dll. kalau dolu2 semua nk buat sendiri at the end penat ya amat menjelang kenduri. btw suka juga tgk dewan dia. cantik dan ekslusif.

    BalasPadam

Pages