Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah

Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah | Pada hujung minggu yang lepas aku berkunjung ke Negeri Perak dan berpeluang untuk makan tengahari di sebuah restoran yang baru sahaja dibuka kepada umum pada 16 September 2018. Restoran Chinese Muslim Abdullah ini terletak di Medan Meru Bestari Ipoh Perak dan mereka menyediakan lebih 100 menu yang cukup menyelerakan untuk dicuba oleh penggemar masakan cina.


Nikmati lebih 100 hidangan masakan cina muslim di Restoran Chinese Muslim Abdullah

Ini serious korang! Restoran ini menyediakan lebih 100 menu halal  untuk pelanggan mereka nikmati. Aku sempat mencuba beberapa hidangan pada hari pelancaran restoran dan ternyata hidangan yang disediakan pada hari tersebut menepati citarasa aku. 


Menurut pemilik restoran ini, Muhammad Aiman Loh, menu menu tersebut merupakan resepi turun temurun keluarga dimana bapa saudaranya sendiri yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan manakala beliau sendiri pula memastikan setiap hidangan yang disajikan menepati citarasa tempatan dan pada masa yang sama ianya memenuhi syarak halalan Toyyiban. 


Menu yang dihidangkan pada hari pelancaran restoran ini adalah udang mentega labu, sotong ribut, taufu resepi bonda, chicken chop lemon, ayam kari, sirip isi ketam, ayam marmite dan banyak lagi. Ini hanya sebahagian sahaja, sekiranya berkunjung ke restoren ini, korang dapat mencuba pelbagai jenis masakan yang berasaskan udang, sotong, kupang, ketam, ayam, ikan, sayur, abalone, noodles dan juga nasi.

Chicken Chop Lemon
Labu Mentega
Makanan di Restoran Chinese Muslim Abdullah sememangnya akan menjadi pilihan aku kalau mengidam nak makan makanan cina sebab semuanya sedap especially labu mentega dekat atas ini. Sampai licin aku makan. Jadi, buat korang yang tinggal di Perak terutama sekali di Ipoh, berkunjunglah ke restoran ini untuk mencuba masakan cina muslim yang sedap dan halal.

Restoran ini juga mempunyai kemudahan lain seperti surau, ruang untuk acara majlis dan bilik persalinan di tingkat 2 dan 3 tetapi masih lagi dalam proses pengubahsuaian walau bagaimanapun  korang masih boleh datang berkunjung untuk menikmati hidangan lazat mereka. 

Restoran Chinese Muslim Abdullah
No.5 & 5a & 5b,
Jalan Meru Bestari A14,
Bandar Meru Jaya,
30020, Ipoh,
Perak
Telefon
0195169516
Waktu Operasi
430 Petang - 1230 Malam
*Setiap hari kecuali Khamis
Harga untuk setiap hidangan adalah serendah RM7 hingga RM70
Facebook
restoranchinesemuslimabdullah
Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah Reviewed by Luqman Zakaria on 9/20/2018 12:58:00 am Rating: 5

No comments: