Breaking News

Penginapan yang cukup menarik dan selesa di Resorts World Langkawi

Penginapan yang cukup menarik dan selesa di Resorts World Langkawi | Untuk entry kali ini, aku akan kongsikan dengan korang semua tentang tempat penginapan yang cukup menarik di Pulau Langkawi iaitu Resorts World Langkawi yang terletak di Tanjung Malai.


Jenis jenis bilik yang ada di Resorts World Langkawi

Resorts World Langkawi mempunyai enam jenis bilik untuk dipilih dan setiap bilik yang ditawarkan mempunyai tarikan yang tersendiri. Bilik bilik tersebut adalah bilik Standard (garden view), Premier (garden view), Standard Seaview, Premier Seaview, Suite dan Signature Suite.

Premier Seaview


Untuk pengetahuan semua, bilik Standard Seaview dan Premier Seaview adalah antara bilik yang terbaik untuk ditempah kerana harganya sangat berpatutan dan yang paling menarik, korang berpeluang untuk melihat matahari terbit di waktu pagi tetapi sekiranya korang mempunyai bajet yang lebih, aku sarankan korang menempah Signature suite yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Menginap di Signature Suite juga membolehkan korang semua menikmati pemandangan laut andaman yang sangat cantik dan pada masa yang sama korang boleh menggunakan bathtub dan juga spa didalam bilik dengan selesa.

Signature Suite


Kemudahan yang terdapat di Resorts World Langkawi

Selain bilik yang selesa dan menarik, Resorts World langkawi juga menawarkan beberapa kemudahan lain yang menjadi tarikan untuk para tetamu yang menginap disini seperti grand ballroom, function rooms, restoren, spa, gynasium dan juga kolam renang.

Taman Sari Royal Heritage Spa


Kolam Renang


Kolam renang disini dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk kegunaan dewasa dan satu lagi untuk kanak kanak. Selain kolam renang ini, Resorts World Langkawi juga memperkenalkan satu lagi tarikan yang cukup mengujakan iaitu Infinity Pool!

Menikmati pemandangan Laut Andaman yang cantik di Infinity Pool Resorts World Langkawi


Cantik kan! Infinity Pool ini adalah tarikan terbaru yang perlu dicuba oleh semua tetamu yang menginap di resorts ini. Gambar ini diambil menggunakan Smartphone sahaja dan tiada filter pon digunakan! memang naturally beautiful. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang infinity pool ini boleh singgah klik link ini (Infinity Pool di Resorts World Langkawi)*soon

Apa pendapat korang tentang resort ini? Pengalaman aku selama 3 hari 2 malam disini sangat menyeronokkan! Bilik yang aku dapat semuanya lengkap dan selesa. Makanan yang disediakan secara buffet untuk sarapan pagi juga cukup menyelerakan dan yang paling penting setiap hari aku dapat menikmati pemandangan laut andaman yang cukup menenangkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Resorts World Langkawi, korang boleh ke laman sesawang www.rwlangkawi.com atau hubungi mereka di 03-27181118.

Tiada ulasan