Infinity Pool yang sangat cantik di Pulau Langkawi - Blog Luqman Zakaria

Infinity Pool yang sangat cantik di Pulau Langkawi

Share This
Infinity Pool yang sangat cantik di Pulau Langkawi | Menginap di Resort World Langkawi merupakan salah satu pengalaman yang cukup menarik buat aku kerana tempatnya sangat cantik dan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan seperti Spa, Restoren, Gymnasium dan lain lain lagi termasuklah tarikan terbaru mereka iaitu Infinity Pool. 



Infinity Pool Resorts World Langkawi

Sekiranya korang berpeluang untuk pergi bercuti di Pulau Langkawi, aku sarankan korang memilih Resorts World Langkawi sebagai tempat penginapan. Bilik bilik di hotel ini sangat selesa dan make sure korang bangun awal pagi untuk tengok sunrise yang cukup cantik. Bayangkan bangun je dari tidur korang dapat menikmati pemandangan cantik dari dalam bilik. The best feeling ever and the amazing part is bila korang dapat berendam dalam Infinity pool sambil tengok laut. Seriously sangat calming.


Sedikit informasi mengenai Infinity pool ini.
Ianya merupakan tarikan terbaru di Resorts World Langkawi yang dibuka kepada umum bermula pada bulan Februari 2018 yang lepas. Ianya dibina dengan keluasan 28.5m panjang, 7.1m lebar dan 1.2m dalam. Infinity Pool ini dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.
Untuk sebarang info dan juga tempahan untuk Resorts World Langkawi, Korang boleh rujuk info dibawah.

Resorts World Langkawi
Tanjung  Malai, 
07000 Langkawi,
Kedah

Website
Inquiries
customercare@rwgenting.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages