Pengalaman Pertama Kali Makan di Lokasi Baru Salai Power Restaurant

Tak pernah terfikir pun nak jejakkan kaki ke restoren masakan salai yang menjadi kegemaran ramai yang terletak di Jalan Kebun Shah Alam, Selangor ini tetapi disebabkan mak aku suka masakan daging salai, kitorang sekeluarga makan tengahari dekat sana dan cuba pelbagai jenis masakan salai yang ada. 

Pengalaman Pertama Kali Makan di Salai Power Restaurant 

Aku rasa bila sebut sahaja Salai Power Restaurant atau Restoren Salai Power mesti ramai yang sudah tahu tentang kewujudan kedai makan yang best di Shah Alam ini kan sebab ianya menjadi topik perbualan ramai netizen di sosial media terutama sekali Tiktok. 

Video tentang pengalaman berkunjung dan makan di Restoren Salai Power dikongsikan oleh ramai pengguna tiktok dan ianya menjadi viral membuatkan ramai orang teringin nak pergi termasuklah keluarga aku sendiri. 

Lokasi Baru Restoren Salai Power Jalan Kebun

Sebelum gerak ke Salai Power aku ada tengok instagram dorang @salaipower_ dan nampak satu posting yang dikongsikan berkaitan dengan lokasi. Rupa rupanya mereka tidak lagi berada di tempat yang sama. Salai Power telah pun berpindah lebih kurang 300 meter dari lokasi yang asal. 

Salai Power Restaurant
Alamat : Lot 3132, Batu 8, Jln Kebun Tambahan, 40450 Shah Alam, Selangor
Nombor Telefon : 0103131955
Waktu Operasi : 10:30 Pagi - 10:00 Malam
 

Suasana Di Restoren Salai Power Yang Baru

Aku nak kongsikan dengan korang apa yang kitorang makan dekat sini tapi sebelum itu aku nak kongsikan suasana di Restoren Salai Power terlebih dahulu. Aku pernah nampak gambar gambar restoren mereka yang lama dan aku rasa agak teruja untuk kongsikan dengan korang keadaan kedai mereka yang baru sebab perubahannya sangat ketara. 

Gambar Kedai Restoren Salai Power yang Baru di Jalan Kebun Shah Alam

Kalau tak ada signboard besar di tepi jalan sebelum masuk ke restoren ini mesti ramai akan ingat tempat ini adalah rumah orang sebab Salai Power gunakan konsep rumah. Menarik kan! Dorang betul betul buat macam rumah, siap ada langsir dan dekat beranda luar rumah disediakan kerusi rotan. Rasa macam balik kampung pula vibes dia bila datang sini hehe. 

Gambar Restoren Salai Power Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Tak dapat nak ambil gambar penuh sebab depan rumah ini penuh dengan kereta. Bercakap pasal kereta, korang jangan risau sebab dekat tempat baru ini Salai Power menyediakan banyak ruang parking untuk pelanggan. Nak parking pun senang sebab mereka juga menyediakan pekerja untuk memantau kereta yang masuk dan keluar. (Aku lupa nak ambil gambar tempat parking kereta. Sorry guys).

Bukan hanya ruang untuk parking kereta sahaja yang banyak, ruang untuk kita makan pun banyak. InsyaAllah kalau korang datang sini tak akan ada masalah untuk mencari tempat duduk. Jom aku kongsikan dengan korang suasana dalam restoren Salai Power yang baru ini.

Gambar pelanggan dalam kedai makan Salai Power di Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Macam inilah suasana sewaktu kitorang datang Salai Power Restaurant. Ramai juga peminat masakan salai ini rupanya. Nampak macam crowded tapi sebenarnya ada lagi ruang lain yang korang boleh duduk. Dalam rumah yang aku kongsikan pun korang boleh masuk dan makan bersila bersama kawan kawan atau keluarga sebab dorang sediakan meja. 

Suasana dalam kedai makan Salai Power Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Gambar dalam rumah restoren Salai Power di Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Cantik betul suasana dalam rumah dekat Restoren Salai Power ini. Makan bersila macam ini mesti rasa macam makan dekat rumah sendiri tapi kalau tak nak makan atas rumah, korang boleh makan bawah rumah. Eh! bawah rumah? Yes, kalau tak percaya korang boleh tengok gambar dekat bawah ini.

gambar suasana dalam restoren Salai Power Jalan Kebun Shah Alam

Bahagian bawah rumah pun korang boleh duduk dan makan ya. Dorang betul betul sediakan tempat makan yang banyak untuk pelanggan. Memang patut pun dorang pindah ke tempat yang baru supaya dapat menampung lebih banyak pelanggan pada satu satu sama. 

Selain ruang makan dan tempat parking kereta yang banyak, Salai Power juga mengubahsuai kedai mereka dengan beberapa alatan yang klasik dan tempat yang sesuai dan cantik untuk korang bergambar.

Suasana dalam kedai Restoren Salai Power Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Apa yang aku perasan, dorang banyak menggunakan elemen zaman zaman P. Ramlee. Kalau korang perasan dalam gambar dekat atas ini ada frame gambar seseorang kan. Itu sebenarnya adalah gambar P. Ramlee dan tempat duduk bawah rumah pula ada tulisan Haji Bakhil & Co. Di beberapa kawasan lain juga ada sign yang ditulis Madu 3 dan lain lain.

Gambar suasana dalam Restoren Salai Power Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Satu lagi benda yang aku nak highlight adalah kawasan permainan kanak kanak. Kalau korang datang sini untuk makan dengan tenang boleh bagi anak anak korang main dekat kawasan permainan kanak kanak yang disediakan di dalam kawasan kedai. 


Apa Yang Pelanggan Boleh Makan Di Salai Power Restaurant?

Sekarang ini dah tiba masa yang ditunggu tunggu oleh korang semua iaitu tentang menu yang ada dekat Salai Power Restaurant. 

Sebelum itu aku nak minta maaf dahulu sekiranya ada menu yang aku terlepas pandang dan tak masukkan dalam artikel ini sebab waktu itu memang ramai sangat orang aku takut mengganggu pelanggan lain yang tengah order makanan. 

Dibawah ini aku senaraikan beberapa menu Salai yang ada di Salai Power Restaurant: 
  • Daging Salai
  • Patin Salai
  • Itik Salai
  • Keli Salai
  • Ayam Salai
  • Siput Salai
Jenis Jenis Masakan Salai di Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam

Selain masakan Salai, korang juga boleh cuba menu lain seperti dibawah:
  • Ayam Goreng Bawang
  • Gulai Telur Itik
  • Ayam Goreng Kampung
  • Ikan Talapia Goreng
  • Ikan Bakar Daun Pisang
  • Aneka Lauk Kampung
Gambar makanan yang ada di Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Untuk melengkapkan lagi hidangan yang ada, mereka juga menyediakan pelbagai jenis ulam ulaman, sambal tempoyak, budu dan juga beberapa jenis minuman yang korang boleh cuba. 

Bercakap tentang minuman, waktu korang bayar makanan dorang akan tanya berapa orang makan dan pekerja akan bagi bekas atau cawan minuman mengikut jumlah orang yang datang. Korang boleh ambil apa sahaja minuman yang ada tapi kalau korang nak refill kena tambah RM1. Ada tong duit yang disediakan untuk korang masukkan duit di tempat air. 

Gambar beberapa jenis minuman di Salai Power Restaurant

Korang tengoklah sendiri pilihan minuman yang ada dekat Salai Power Restaurant ini. Memang puas hati betul! Pilih jer nak minum yang mana. Kalau tak nak minuman manis, korang boleh minum air suam atau air sejuk yang disediakan oleh mereka. 

Kopi percuma dan biskut percuma di Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam

Satu lagi hal menarik yang korang perlu tahu tentang Salai Power Restaurant adalah mereka menyediakan minuman kopi dan biskut percuma untuk pelanggan yang datang. Cara dorang memastikan air kopi sentiasa panas adalah dengan menggunakan dapur kayu yang sangat klasik. 

Jenis Kuih Muih di Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam Selangor

Korang juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan lain yang dijual di kedai makan ini contohnya macam roti jala dan beberapa kuih muih tradisional yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya haha. Korang boleh tengok gambar diatas okay.

Apa Yang Kami Makan Di Salai Power Restaurant?

Sebenarnya banyak juga menu yang kitorang order sewaktu datang makan dekat sini. Antara yang kitorang pesan adalah ayam salai, daging salai, gulai telur itik, itik salai, Siput salai, ulam ulaman, ayam goreng bawang dan juga budu.

Jenis Jenis makanan di Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam

Oh ya, satu lagi Salai Power juga menyediakan kuah masak lemak yang tidak pedas. Jadi, kalau korang tak suka makan pedas boleh minta kuah yang tak pedas. 

Aku tahu pasal ini pun sebab abang aku bawa anak anak makan dekat sana sekali lepas itu pekerja Salai Power tanya samada kitorang nak yang pedas atau tak. Jadi, anak buah aku boleh makan kuah yang tak pedas dengan aman tanpa was was haha.

Pendapat Luqman Zakaria Tentang Salai Power Restaurant

Kalau korang tanya pendapat aku tentang kedai ini, pertama sekali memang best especially berkaitan dengan suasana kedai yang happening, lokasi yang bagus sebab parking pun senang, ruang makan pun banyak ditambah pula dengan dekorasi yang menarik untuk bergambar. Memang betul betul mantap disitu.

Berkaitan dengan makanan pula, aku bukanlah orang yang tepat untuk bagi rating sebab aku bukan penggemar masakan salai. In fact, ayam goreng bawang itu adalah untuk aku sebab masak lemak salai aku tak makan haha. 


Kalau korang nak tahu pendapat orang lain contohnya macam mak aku sendiri, dia suka masakan salai dekat Salai Power Restaurant ini. Kalau diberi peluang untuk datang lagi pun dia memang akan datang balik.

Sebelum datang ke Salai Power, mak aku pernah cuba masakan gulai daging salai di kedai lain tetapi so far dekat sini adalah antara yang sedap dia pernah cuba. Memang worth it la kitorang bawa mak datang makan dekat Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam Selangor.
Terbaru Lebih lama