Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan November 2023

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan November 2023 |  Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan November 2023. 

Seperti yang korang semua tahu, pada bulan Oktober 2023 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu yang menarik seperti Gemecheh BoysPagari Bulan dan juga Cerana Biduk Bu Merah

Poster Filem Melayu di Pawagam November 2023

Pada bulan November 2023 pula terdapat beberapa filem yang akan ditayangkan dan antaranya adalah La Luna, magiK dan juga War On Terror KL Anarki. Buat masa sekarang hanya ada tiga filem melayu sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan November 2023

  • La Luna 
La Luna merupakan filem arahan M Raihan Halim dan diterbitkan oleh Clover Films, One Cool Film, ACT Pictures dan Papahan Films. Filem La Luna mengisahkan tentang seorang wanita yang membuka kedai menjual coli di sebuah kampung yang membuatkan beberapa pihak tidak berpuas hati. 

Poster Filem La Luna

Filem La Luna diterajui oleh dua pelakon hebat tanah air iaitu Shaheizy Sam dan juga Sharifah Amani. Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 16 November 2023 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem La Luna boleh ke youtube channel SGCloverfilms. 

  • magiK
Filem arahan arahan Yasu Tanaka ini dilakonkan oleh Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, pelakon cilik Qisya Hairulzain dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak kanak pekak yang tinggal di sebuah berkampungan yang terkenal dengan kelip kelip dimana pada suatu hari dia bertemu dengan kelip kelip yang seolah olah berkomunikasi dengannya. 

Poster Filem magiK

Filem magiK akan mula ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023. Buat korang yang nak menonton trailer filem magiK buat masa sekarang masih belum ada lagi official trailer. Nanti kalau dah keluar aku akan kongsikan dekat mana boleh tengok. 

  • War On Terror KL Anarki
Satu lagi filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan November 2023 adalah War On Terror KL Anarki. Filem arahan Kroll Azry dan Frank See ini dilakonkan oleh Aedy Ashraf sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh beberapa pelakon lain lagi.

Poster Filem War On Terror KL Anarki

Filem War On Terror KL Anarki akan mula ditayangkan di pawagam bermula 23 November 2023. Buat korang nak tengok trailer filem ini boleh ke youtube channel GSC Movies.

  • Sazali Meor Coco
Sazali Meor Coco adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang berhijrah ke bandar untuk mengejar impian menjadi popular tetapi berhadapan dengan pelbagai dugaan selepas berjaya menjadi U-Tuber yang dikenali ramai.

Poster Filem Sazali Meor Coco

Filem ini diarahkan oleh Zizan Nin dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Pelakon yang terlibat sebagai teraju utama adalah Iman Zulkarnain, Syazani Zikry dan Shah Radhy. Sazali Meor Coco akan mula ditayangkan dipawagam bermula 16 November 2023. Trailer rasmi filem ini boleh ditonton di youtube channel Official Aquila Emas.

  •  Mar Rak - Cinta perlu Pengorbanan Nyawa
Filem arahan Dato T.S. Jeffry ini dilakonkan oleh beberapa orang pelakon seperti Tengku Shatirah Amanda, Kael, Man Khan, Asri Ismail dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang Ilmu hitam/sihir yang digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan mangsa mengalami kejadian yang tidak diingini. Semuanya berlaku kerana cinta yang tak terbalas. 

Poster Filem Mar Rak

Filem terbitan Pentas Wayang Production ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 2 November 2023. Sekiranya korang ingin menonton trailer rasmi filem Mar Rak boleh ke youtube channel David Teo.
No. Tajuk Filem Genre Bahasa Tayangan
1
La Luna
Comedy Melayu  16 November 2023
2 magiK Family/Fantasy Melayu 30 November 2023
3 War On Terror KL Anarki Action/CrimeMelayu 23 November 2023
4
Sazali Meor Coco
Drama  Melayu 16 November 2023
5
Mar Rak
Horror/Thriller Melayu 02 November 2023
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan November 2023. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
Terbaru Lebih lama