Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan November 2023

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan November 2023 | Bulan baru, drama korea baru! Kita dah masuk bulan November 2023 dah sekarang ya. Cepat betul masa berlalu tapi buat peminat drama korea lain sikit sebab kitorang tertunggu tunggu bulan baru sebab bila masuk bulan baru semestinya akan ada banyak drama korea baru untuk ditonton.

Untuk bulan November 2023 ada beberapa drama korea yang korang boleh tengok contohnya My Demon, Vigilante, Moon In A Day dan macam macam lagi. Yang pastinya kita akan dihidangkan dengan pelbagai genre yang menarik untuk ditonton. 

Poster Drama Korea November 2023

Kalau korang perasan aku ada sebut Moon In Day kan! Drama ini sebenarnya jangkaan tayangannya adalah pada bulan oktober tetapi dianjakkan ke bulan November 2023. Drama A Moon In A Day ini dia macam fantasi jugalah sebab ada watak dalam drama ini dirasuk dengan roh dari zaman zaman dahulu. Menarik kan?

Lain pula dengan Vigilante yang menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang belajar di akademi polis menjadi vigilante untuk menghukum penjahat yang mendapat hukuman tidak setimpal dan masih melakukan kejahatan. 

Macam mana pula dengan drama korea My Demon? Ini pula drama cinta yang mempunyai unsur unsur fantasi dimana watak lelakinya adalah demon. Selain tiga drama yang aku share dekat atas ada beberapa lagi yang korang boleh tonton untuk bulan november. Jom kita tengok senarai dekat bawah ini. 

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan November 2023

No.Tajuk DramaTarikh TayanganSaluran
1
My Demon
24 November 2023SBS
2Moon In A Day01 November 2023ENA
3Vigilante08 November 2023Disney Plus
4
Secret Playlist
18 November 2023TVING
5A Bloody Lucky Day24 November 2023TVING
6Once Upon A Boyhood24 November 2023Coupang Play
The Story Of Park's Marriage Contract
24 November 2023MBC
Tell Me That You Love Me
27 November 2023ENA
Daily Dose Of Sunshine
03 November 2023Netflix
10 
-
--
11
-
--
*Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Terbaru Lebih lama