Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Oktober 2023
Filem baru di pawagam 2023, filem best di pawagam 2023, movie baru di pawagam bulan oktober 2023, movie oktober 2023, cerita baru 2023,
Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Oktober 2023 | Pada bulan lepas iaitu September, kita dimeriahkan dengan beberapa filem melayu yang menarik dan best untuk ditonton contohnya Adoiii Jiwaku, Walid, Mat Kola dan Fanna tetapi untuk bulan Oktober 2023 macam mana pula?
Ada ke filem melayu yang akan ditayangkan pada bulan Oktober 2023? Mestilah ada! Antara yang korang boleh tonton di pawagam akan datang adalah Pagari Bulan dan juga Gemencheh Boys.
Baca Juga : Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Oktober 2023 (Poster)
Selain filem melayu, kita juga akan dihidangkan dengan beberapa filem dari negara jiran Indonesia yang menarik dan best untuk ditonton contohnya Aku Tahu Kapan Kamu Bunuh Diri : Desa Bunuh Diri, Sleep Call dan Susuk.
Seperti biasa pada bulan oktober akan datang akan ada filem filem dari luar negara berbahasa inggeris akan disiarkan seperti Saw X, The Exorcist : Believer, The Dark Knight : WB100 dan beberapa lagi. Tak lupa juga kita akan dihidangkan filem dari beberapa negara seperti jepun, thailand dan juga korea.
Kalau korang nak tengok filem apa lagi yang akan ditayangkan pada bulan Oktober 2023 boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dekat bawah. Menerusi jadual dibawah korang boleh dapatkan tajuk, bahasa, genre dan juga tarikh tayangan.
Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan Oktober 2023
No. | Tajuk Filem | Genre | Bahasa | Tayangan |
---|---|---|---|---|
1 | Saw X |
Crime/Horror/Mystery | English | 05 Oktober 2023 |
2 | Freelance | Action/Comedy | English | 05 Oktober 2023 |
2 | Pagari Bulan | - | Melayu | 05 Oktober 2023 |
3 | Susuk Kutukan Kecantikan | Horror | Indonesia | 12 Oktober 2023 |
4 | The Exorcist : Believer |
Horror | English | 12 Oktober 2023 |
5 | Killers Of The Flower Moon | Crime/Drama | English | 19 Oktober 2023 |
6 | Chabak | Horror/Thriller | Korea | 19 Oktober 2023 |
7 | Leo |
Crime/Action/Thriller | Tamil | 19 Oktober 2023 |
8 | Gemencheh Boys |
Drama | Melayu | 26 Oktober 2023 |
9 | Sleep Call | Thriller | Indonesia | 26 Oktober 2023 |
10 | Five Nights At Freddy's | Horror | English | 26 Oktober 2023 |
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.