Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Oktober 2023
Filem melayu di pawagam 2023, senarai filem melayu best, filem melayu di pawagam oktober 2023, filem melayu baru 2023, filem best 2023
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Oktober 2023 | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan oktober 2023.
Seperti yang korang semua tahu, pada bulan September 2023 kita dihidangkan dengan beberapa filem melayu yang menarik seperti Walid, Mat Kola, Fanna dan juga Adoiii Jiwaku.
Pada bulan Oktober 2023 pula terdapat beberapa filem yang akan ditayangkan dan antaranya adalah Gemencheh Boys dan juga Pagari Bulan -A Story Of A Comfort Woman. Buat masa sekarang hanya ada dua filem sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua.
Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan Oktober 2023
- Gemencheh Boys
Gemencheh Boys merupakan filem arahan Jason Chong dan Eric Ong dan diterbitkan oleh Stories And Live Pictures Sdn Bhd. Untuk pengetahuan korang, filem Gemencheh Boys adalah berdasarkan kisah benar.
Filem Gemencheh Boys diterajui oleh enam pelakon cilik iaitu Amir Kuziq, Izzue Deen, Kimi Norais, Ayiet Harith, Syed Ahmad dan juga Aqil Yaya. Filem ini akan ditayangkan bermula 26 Oktober 2023 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Gemencheh Boys boleh ke youtube channel Astro Shaw.
- Pagari Bulan - A Story Of A Comfort Woman
Filem arahan Raja Mukriz ini dilakonkan oleh Nadeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Alvin Wong dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang wanita yang dirampas dari keluarga mereka untuk dijadikan comfort woman kepada tentera zaman penjajahan Jepun.
Filem Pagari Bulan - A Story Of A Comfort Woman akan mula ditayangkan di pawagam pada 5 Oktober 2023. Buat korang yang nak menonton trailer filem Mat Kola boleh ke youtube channel Metrowealth Pictures.
No. | Tajuk Filem | Genre | Bahasa | Tayangan |
---|---|---|---|---|
1 | Gemencheh Boys | Drama | Melayu | 26 Oktober 2023 |
2 | Pagari Bulan | - | Melayu | 05 Oktober 2023 |
3 | Coming Soon | - | Melayu | - |
4 | Coming Soon | - | Melayu | - |
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.
Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Oktober 2023. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita.