Drama Cik Misi 123

Drama Cik Misi 123 | Drama Melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah Drama yang bertajuk Cik Misi 123

Jom Tonton Drama Cik Misi 123

Drama Cik Misi 123 yang diarahkan oleh Feroz Kader ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:00 Petang menerusi Slot Tiara di saluran Astro Ria bermula 9 Oktober 2023. 

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Cik Misi 123 secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.

Poster Tonton Drama Cik Misi 123

Drama bersiri 30 episod terbitan Ariz Capital Production Sdn Bhd ini dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee, Hafreez Adam dan Bella Dally sebagai teraju utama. Selain itu, drama ini juga turut dilakonkan oleh beberapa pelakon lain seperti Faiz Dickie, Mark Adam, Malek Mccrone, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Najua P Ramlee, Afifah Nasir, Nick Naim dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Cik Misi 123

Tajuk Drama : Cik Misi 123
Saluran : Astro Ria 
Tarikh Tayangan : Bermula 9 Oktober 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 6:00 Petang
Pengarah : Feroz Kader
Terbitan : Ariz Capital Production Sdn Bhd 
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Hafreez Adam dan Bella Dally, Faiz Dickie, Mark Adam, Malek Mccrone, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Najua P Ramlee, Afifah Nasir, Nick Naim, Zamarul Hisham, Wan Sharmila, Watie Sadali dan ramai lagi

Sinopsis Drama Cik Misi 123

Cik Misi 123 mengisahkan tentang seorang gadis yang terpaksa belajar kursus kejururawatan atas desakan keluarganya. Gadis yang dimaksudkan adalah Oya! Sewaktu belajar di Kolej, Oya berkenalan dengan seorang jejaka bernama Mika yang cuba untuk memikatnya. Keadaan menjadi sedikit rumit setelah Oya mula bekerja kerana dia terpaksa berhadapan dengan bekas tunangnya Dr. Aish dan Dr. Erin yang merupakan kekasih Dr. Aish.
Terbaru Lebih lama