Filem La Luna

Filem La Luna | Salah satu filem melayu baru yang best dan menarik untuk ditonton di pawagam Malaysia pada bulan November 2023 adalah filem yang berjudul La Luna

Jom Tonton Filem La Luna

Filem La Luna yang diarahkan oleh M Raihan Halim ini akan ditayangkan di panggung wayang bermula pada 16 November 2023 akan datang. Filem La Luna terbitan Clover Films, One Cool Film, ACT Pictures dan Papahan Films ini dibintangi oleh Sharifah Amani dan Shahiezy Sam sebagai teraju utama.

Poster Filem La Luna Di Pawagam November 2023

Filem ini juga diturut dimeriahkan oleh ramai pelakon lain lagi seperti Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Namron, Farah Ahmad, Wafiy Ilhan, Syumaila Salihin, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Filem La Luna

Tajuk Filem : La Luna
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 16 November 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : M Raihan Halim
Terbitan : Clover Films, One Cool Film, ACT Pictures dan Papahan Films 
Pelakon : Sharifah Amani, Shahiezy Sam, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Namron, Farah Ahmad, Wafiy Ilhan, Syumaila Salihin, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi

Sinopsis Filem La Luna 

La Luna mengisahkan tentang kedai pakaian dalam ala Victoria's Secret di Kampung Bras Basah yang dibuka oleh seorang wanita. Kedai tersebut dinamakan La Luna! 

Kehadiran wanita ini di Kampung Bras Basah dengan membuka kedai tersebut diterima baik tetapi tetap ada juga pihak yang tidak berpuas hati contohnya Ketua kampung kuku besi. Dia cuba untuk memusnahkan perniagaan tersebut dengan pelbagai cara.

Pada masa yang sama, wanita tersebut berkenalan dengan pegawai polis duda yang mempunyai seorang anak remaja perempuan.
Terbaru Lebih lama