Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Oktober 2023

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan Oktober 2023 | Bulan baru, drama korea baru! Kita dah masuk bulan Oktober 2023 dah sekarang ya. Cepat betul masa berlalu tapi buat peminat drama korea lain sikit sebab kitorang tertunggu tunggu bulan baru sebab bila masuk bulan baru semestinya akan ada banyak drama korea baru untuk ditonton.

Untuk bulan Oktober 2023 ada banyak juga drama korea yang korang boleh tonton contohnya Castaway Diva, Strong Girl Nam Soon, A Good Day To Be A Dog dan macam macam lagi. Yang pastinya kita akan dihidangkan dengan pelbagai genre drama dari romantik, rentas masa, fantasi, sejarah dan lain lain. 

Poster Drama Korea

Kalau korang suka tengok drama korea Strong Girl Bong Soon yang pernah ditayangkan dulu, korang bolehlah tengok drama Strong Girl Nam Soon pula sebab cerita kali ini mengisahkan tentang sepupu kepada Do Bong Soon yang hilang di Mongolia dan kini kembali ke korea untuk mencari keluarga kandungnya. 

Selain itu, korang juga boleh tengok drama A Good Day To Be A Dong yang mengisahkan tentang wanita yang akan bertukar menjadi anjing sekiranya dia bercumbu! Macam aneh kan? hehe. Nampaknya ada banyak juga drama korea yang menarik bulan oktober akan datang.

Apa pun jom kita tengok senarai penuh drama korea yang bakal ditayangkan bulan Oktober 2023. 

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan Oktober 2023

No. Tajuk Drama Tarikh Tayangan Saluran
1
Castaway Diva 
28 Oktober 2023 Netflix
2 A Good Day To Be A Dog 11 Oktober 2023 Viu Malaysia
3 Strong Girl Nam Soon 07 Oktober 2023 Netflix
4
The Deal
06 Oktober 2023 Wavve Original
5 Evilive 14 Oktober 2023 ENA
Genie TV
6 Doona! 20 Oktober 2023 Netflix
The Matchmakers
30 Oktober 2023 KBS2
Perfect Marriage Revenge
TBC MBN
Moon In A Day
25 Oktober 2023 Viki
10 
My Dearest Part 2
13 Oktober 2023 MBC
11
High Cookie
23 Oktober 2023 KBS2
*Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Terbaru Lebih lama