Pulut Bakar Acuan Tembaga Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

Pulut Bakar Acuan Tembaga Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan | Hai korang! Untuk entry kali ini aku nak share dengan korang semua berkenaan dengan pulut bakar yang dikenali ramai terutama sekali mereka yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan iaitu pulut bakar acuan tembaga. 

Buat korang belum pernah ke Pasar Gok Kapor boleh baca artikel apa yang menarik di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan.

gambar acuan tembaga untuk bakar pulut di pasar gok kapor kota bharu kelantan

Terdapat beberapa jenis makanan yang dijual disini dan salah satu yang menarik perhatian aku adalah pulut bakar. Aku rasa pulut bakar adalah makanan yang dikenali ramai dan semua orang pernah mencubanya tetapi apa yang unik tentang pulut bakar di Pasar Gok Kapor adalah cara penyediaannya. 

Gambar cara buat pulut bakar acuan tembaga di pasar gok kapor

Pulut bakar yang dijual di Pasar Gok Kapor dibakar menggunakan acuan tembaga. korang boleh klik link video pulut bakar acuan tembaga Pasar Gok Kapor untuk tengok cara penyediaannya. 

Pulut bakar yang dijual dekat sini ada tiga jenis iaitu pulut bakar biasa, pulut bakar inti sambal daging dan juga sambal ikan. Harga yang dikenakan untuk pulut bakar adalah RM1.50 untuk pulut bakar biasa (Kosong) dan RM2.50 untuk sambal daging dan ikan.

gambar pulut bakar acuan tembaga selepas dibakar

gambar pulut bakar inti sambal daging

Buat korang yang datang bercuti dekat kota bharu kelantan atau yang balik time cuti bolehlah singgah ke Pasar Gok Kapor untuk cuba pulut bakar acuan tembaga. Selain pulut bakar korang boleh cuba pulut ayam goreng dan apam lambung. 

Terbaru Lebih lama