Pengalaman Mencuba Apam Lambung Telur Popular Di Pasar Gok Kapor

Pengalaman Mencuba Apam Lambung Telur Popular Di Pasar Gok Kapor | Buat korang yang tidak tahu, Pasar Gok Kapor merupakan salah satu pasar yang menjadi tumpuan ramai penduduk Kota Bharu yang ingin mendapatkan bahan mentah seperti ikan, udang, sotong, sayur sayuran, buah buahan dan juga makanan yang sedap dan unik seperti apam lambung telur. 

BACA SINI : Apa yang menarik di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan?

Apam lambung telur adalah kuih tradisi dari negara jiran kita iaitu Thailand tetapi kini ianya boleh didapati di negeri Kelantan. Jadi, korang tak perlu ke negara sebelah untuk mencuba sendiri keenakan apam lambung Telur. 

Gambar Apam lambung telur dimasak di atas dapur

Kuih tradisi dari negera jiran yang berasaskan tepung dan telur ini nampak sangat simple tetapi cara memasaknya bukan mudah kerana menurut perkongsian dari laman sesawang berita Astro Awani, ianya memerlukan suhu dan masa yang tepat supaya proses melambung dapat dilakukan dengan sempurna.

Gambar apam lambung telur bersama kelapa muda parut

Buat pengetahuan semua, apam lambung telur dihidangkan bersama kelapa parut muda yang dicampur bersama sedikit garam dan gula. Selepas dimasak, kelapa parut tersebut akan diletakan diatas apam lambung telur dan digulung mengunakan kertas bungkus nasi. 

Gambar apam lambung telur digulung guna kertas bungkus nasi

Pertama kali mencuba apam lambung telur terus jatuh hari sebab ianya memang sedap lebih lebih lagi bila makan waktu apam lambung telur masih panas. Harga yang dikenakan untuk satu apam lambung telur juga sangat berpatutan iaitu RM2 sahaja.

gambar suasana di kedai apam lambung telur dan harga apam lambung telur

Keadaan sewaktu aku ke kedai apam lambung telur agak meriah kerana dipenuhi oleh pelanggan yang menggemari apam lambung telur. Jadi, buat korang yang belum pernah mencuba kuih ini boleh datang ke Pasar Gok Kapor yang terletak di Kota Bharu Kelantan. Selain apam lambung telur, korang juga boleh mencuba pulut bakar acuan tembaga yang digemari ramai di Pasar Gok Kapor.

Terbaru Lebih lama